Habis aku membelek buku, Maryam bersuara "habis buku ni nanti dapat buku cerita..." dengan penuh semangat....Kadang-kadang terfikir kenapa tak hantar anak-anak yang lain ke tadika waktu 4 tahun....tapi apa-apa pun segalanya anugerah Illahi...
![]() |
Ini buku pertama...mula Januari 2011 |
![]() |
Buku 2 pun dah habis...dan yang baru Buku 3 (Modul 6 & 7) |
![]() |
Walaupun dengan pujian sebegini, kanak-kanak sudah terasa benar-benar dihargai... |
Alhamdulillah...itu episod Maryam yang akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya ke-5..."my smart khalifah".
Kisah Izzat yang packing baju untuk balik asrama juga satu episod...bajunya bukan main banyak tapi cuti baru dua minggu...Macam packing nak gi belajar kat Madinah pulak ye....Izzat senyum....
![]() |
melipat baju natural skill bagi seorang yang bergelar ibu....kena cepat dan tangkas...sebelum baju-baju bertimbunan |
Petang itu kami menghantarnya pulang ke asrama. Singgah di asrama adik-adiknya. Bersolat asar di masjid Besi, Putrajaya...seronok bila bersama anak-anak....
![]() |
Teringat bila mereka masih bertiga...masa berlalu...akan terus berlalu.... |
"Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu"
(An-Nuur 24:64)
No comments:
Post a Comment