Monday, January 25, 2010

Akan Ada Penghujungnya


Pagi ini seperti biasa lambat ke ofis. Hubby langsung minta cuti kerana tidak tahan melihat punchcardnya MERAH....Ini gara-gara orang gaji yang balik bercuti kemudian liat nak datang balik! Malas nak memikirkan sama ada orang gaji nak datang balik bekerja atau pun tidak. Fikirkan ambil yang baru ... tapi kalau ambil yang baru perlu lebih banyak ongkosnya! Heeh, malas betul nak fikirkan tentang ini. Tapi berbanding dengan dua tahun yang lalu masa aku hidup tanpa ber"orang gaji", lebih teruk. Masa itu Maryam masih baby, the boys masih belum matang sedikit pun. Segala-galanya ku bereskan semua. Letih gila! Sekarang ni the boys dah pandai sangkut baju sendiri...letak baju kotor dalam bakul baju, pandai bersiap sendiri, dapur pun kurang kecah bila kutiada di rumah. Hm, cuma bila kami nak ke ofis, kena tunggu van anak-anak sampai dulu baru boleh berangkat ke ofis. Itu yang lambat tu!

Tapi esok strategi baru. Letakkan budak-budak di taska Maryam, biar mereka semua tunggu van di sana. Tengoklah startegi ni berjaya atau tidak! Maryam pula nampak lebih riang di Taska. The boys akan lebih berdikari kot kalau tanpa orang gaji. Luqman memang tak sesuai langsung dengan orang gaji....Izzat pullk asyek bergaduh je dengan orang gaji. Haziq je OK....Tapi mama mereka pulak yang perlukan orang gaji...tak larat betullll! Basuh...hm sampai tiga baldi...masak cincai-cincai je selalu pun aku yang masak tapi sebelum dan selepas masak tu yang kena ada orang gaji! Longkang...bilik air dah jadi bilik air awam nye.... Akan ada penghujung ke masalah-masalah hidup tanpa orang gaji????! Seolah-olah kita ni macam cannot live without them! Nak prove otherwise pun alamak, penat aah, tak larat nanti cepat tua youuu! Akan ada penghujung ke pada masalah-masalah ini...atau terpaksa ku ambik orang gaji baru atau usahakan oranga gaji aku tu balik sini semula? SATU PERSOALAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...