Thursday, November 5, 2009

Pemergian yang tak terduga



PIAN Sukro ... dialah antara nama yang paling kusanjungi sejak bertugas di Suruhanjaya. Keperibadian Pian Sukro yang amat baik tak tertanding orang-orang sekelilingnya. Budipekertinya yang amat halus menghormati insan bukan mengikut darjat mahupun pangkat. Tutur katanya yang lembut dan begitu menyenangkan menjadi halwa telinga walau apa jua keadaan. KurniaanNya pada Pian Sukro menjadikan dia antara yang tersohor dalam bidang yang diceburinya, berpandangan jauh dan seorang pemikir yang tidak pernah kenal erti bosan. Beliau sentiasa berfikir untuk kemajuan tidak kira dalam apa saja aspek dan sentiasa memberikan ide yang kehadapan dari orang lain. Pendek kata pemergian beliau satu kehilangan kerana dia adalah idolaku!

Dato' Ir Pian Sukro, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga yang dilahirkan pada 1 April 1948 akhirnya dipanggil mengadap Illahi pada 31 Oktober 2009 jam 2:30 pagi di Agostino Gemelli University Polyclinic di Rom, Itali. Tuhan lebih menyayangimu.

Dato', All the things that you've thought me shall remain part my strength and asset to my success. Your words of wisdom has always been the music to my ear. Your smile has always been the magic to my eyes. I really do appreciate your present though seems too brief. Your helpful, giving ways touches me ... your gentle and generous heart display the man you are....Thank you just doesn't seem enough...you're special and that's.

I shall miss you.

May Allah rest his soul and grant him the company of the solehun and mukminun. AL-FATIHAH to Allahyarham Dato' Ir Pian Sukro.

Monday, October 5, 2009

Masa-masa yang berlalu

Awal pagi memulakan tugas, paling dulu adalah membelek diari. Perlu pastikan datelines atau apa-apa assignment yang tertunggak, sebelum meneruskan dengan tugas-tugas routine di pejabat. Yang biasa dan terbiasa adalah menyiapkan minit atau membetulkan minit. Dalam aku membelek diari, aku terperasan tahun 2009 hanya ada dua bulan lagi sahaja, kemudian kita akan melangkah ke tahun 2010........

Perkara-perkara yang telah berlaku akan menjadi sejarah dalam hidup, warna-warni kehidupan akan hanya berputar dalam album minda!... 2009 yang ku rasa baru datang akan pergi dan 2010 akan datang menjengah pulak.

Apa yang pasti, pantas sungguh masa berlalu!

"ingat LIMA pekara sebelum lima pekara.....

sihat SEBELUM sakit
muda SEBELUM tua
kaya SEBELUM miskin
lapang SEBELUM sempit
hidup SEBELUM mati

masa usia kita jangan disiakan
kerna ia takkan kembali"

Sunday, October 4, 2009

Tinggallah Ramadhan Datangnya Syawal!

Berpuasa di Bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan. Aku seperti insan-insan lain di dunia, telah menjalani ibadah berpuasa sebaik mungkin. Namun yang ku paling terkilan adalah terpaksa menggantikan dua belas (12) hari berpuasa kerana ABC (Allah Beri Cuti)! Kadangkala frust pun ada...kenapalah ABC pada saat-saat aku terlalu ingin beribadah di bulan Ramadhan yang hanya sekali dalam setahun! Kekadang terpikir-pikir kenapa ABC aku tu lama no....lama sehingga mengacau fikiranku. TAPI itulah manusia sering mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan Kita tidak seharusnya mempersoalkan apa yang ditetapkan olehNya...perlu hanya menerima hakikat ketentuanNya. Ada hikmah segala apa yang ditetapkan olehNya dan itulah kita sebagai manusia ciptaanNya sering lupa!

Ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun lalu memang ABC ku lama. Tapi tahun ini paling lama! Anak-anak sering bertanya, Mama dah boleh puasa. kalau aku tidak menjawab dan mencebekkan mulut tu fahamlah mereka, mama mereka masih dalam tempoh ABC! Namun demikian setiap hari aku berdua' agar puasa dan ibadatku akan diterimaNya!

Syawal sudahpun hampir ke penghujung.... bagi meraikan datangnya bulan Syawal, kusediakan baju-baju raya untuk anak-anak, suami, diriku dan juga pembantu rumahku! Berbalang-balang kuih raya kutempah dari Cikgu sekolah anak-anak. Kemeriahan kurang dirasakan tahun ini kerana satu, banyak sangat ABC ku, kedua, kakak dan keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu tidak balik ke Shah Alam untuk beraya!. Apa-apa pun, Kutunggu Ramadhan tahun hadapan dan berdua' agar diberikan dengan yang lebih baik!

Monday, August 17, 2009

Bulan Merdeka... Merdeka!


Merdeka? Malaysia yang dah merdeka hampir 52 tahun, tapi apakah Malaysia sudah benar-benar merdeka. Apakah Malaysian merdeka.......sehinggakan bahasa jiwa bangsa telah menjadi bagai melukut di tepi gantang! Peradaban bangsa Melayu sendiri kalau tidak Islam yang kawal mungkin sudah dibritishkan dan mungkin melayu akan tinggal nama sahaja! Lihat sahaja sekeliling kita, begitu banyak pub, kelab malam, karaoke centre...pergaulan muda mudi yang menjadikan negara kita persis negara yang masih terkapai-kapai tiada identiti. Kata negara Islam? Kalau look east ke look west ke, unsur yang buruk sahaja yang nampaknya lekat! Korridor bukan main banyak.... kita dilihat atau mahu dilihat sebagai maju, industrialised, modern ... tapi attitude umum khusus bangsa Melayu masih di takuk sama....masih tak berubah. Kalau tiga puluh tahun attitude "tidak apa" tu biasa tapi bila kita dah ada KLCC, TwinTower attitude seumpama itu masih ada, seolah-olah embeded in us..... kalau tidak, tak hairanlah kalau di Jepun dulu, kalau meeting atau perjumpaan, berkatalah orang Jepun pada orang Malaysia, Malaysian time, maknanya bolehlah datang lambat sikit sesuai dengan budaya engkau tu, tapi kalau dia bilang Japanese time, lambat seminit sayonara!
Merdeka kah kita?
Namun begitu, hakikatnya, aku bangga menjadi seorang Melayu yang berjiwa Islam...aku bangga menjadi seorang Melayu yang hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tapi bila difikirkan semula, aku tak kesah bangsa apapun yang penting Islam. Kalau dilahirkan sebagai bangsa Cina atau India atau Jawa atau Batak sekalipun kalau Islam dan berpegang teguh pada ajaran Islam dan berpaksikan qiblat Allah, aku tetap akan tetap bangga!
Mengapa dulu aku tak begitu....? Yelah masa dibangku sekolah kalau boleh nak dilahirkan sebagai seorang eurasian...agama: tak fikir. That's secondary (eh, teruknye aku masa tu. Astagfirulla!). Nak jadi mat salleh...nak jadi omputihlah you... speaking je makan pun fish n chips je.... I don't like curry, ok! Kalau tak boleh sangat sebab kulit taklah begitu cerah, bila dah besar sikit (lepas form two), bertukar arah pulak....mesti nak kahwin dengan omputihlah. Nanti anak lawa. Eh, tak main lah mamat melayu ni, paling kurang mamat mixed parentage, yang rambut ada blond-blond sikit tu! Itu aku masa di bangku sekolah. Sangat terpengaruh dengan dunia hollywood, glamour dan secularism (masa zaman 80an, Bollywood tak de lagi).
Bila dah dewasa dan matang sikit (itupun nasib baik belajar di UKM, not UK ye)...dah kenal erti kehidupan dan yang penting telah diberikan peluang dan kemudahan untuk revert to Islam....perasaan nak jadi omputih tu dah tak'da... sikit-sikit luntur kerana keimanan yang tersemat di dalam dada. Iman dan ilmu menjadi teras kehidupan seharian. Mengenali Islam lebih membuatku menghargai dan menghormati diri sendiri sebagaimana yang diciptakan olehNya. Dunia ini lebih indah dengan Islam dan hidupku lebih merdeka dari unsur dan anasir yang menjelekkan!
Merdeka, padaku membebaskan diri dari sesuatu yang membelengukan kita dan menjadikan pergerakkan kita terbatas. Sejujurnya, aku tidak pernah merdeka dari Mak dan Abah. Kadang kala mereka membatasi pergerakkanku. (I'm sure it's not for bad but for good reasons). Walaupun diri ini sudah lama berkahwin dan merupakan seorang isteri dan ibu kepada empat insan paling kusayang, aku masih belum merdeka dari Mak dan Abah. Masih terfikir-fikirkan mereka atas dasar tanggungjawab dan kewajipan seorang anak untuk menjaga hati dan perasaan dua insan yang membesarkan diri ini! Pendek kata, apa jua yang kulakukan ku imbangi dengan faktor-faktor yang berhubung kait dengan Mak ngan Abah, suami, juga anak-anak dan yang penting, aku terikat dengan consiousku. Hei...kita mana boleh bebas, kita takkan jadi bebas sebebas yang kita mahu ..... kerana kita ada ALLAH!
Selamat Hari Merdeka.... merdekanya Malaysia dari British!!!
(The picture above - Malaysian Flag, it's Luqman's handycraft)

Tuesday, August 11, 2009

H1N1, apapun namanya...tetap musibah!


Hari ini tanggal 11 Ogos, 2009, 7 lagi kematian tercatat. Muka depan di dada akhbar-akhbar arus perdana terus- menerus mengkhabarkan berita kematian akibat musibah H1N1. Angka kematian makin meningkat sehari demi sehari dan total kematian disebabkan H1N1 ini sudah 33! Tapi kini, bukan setakat H1N1 sahaja yang ditakuti tapi masalah jerebu juga mengancam kesihatan. Face mask dari 80 sen dah jadi RM1.35 sekeping. Bukan soal duit yang diungkitkan tetapi memikirkan nyawa yang diancam dengan pelbagai risiko! Sebaik sahaja demam Izzat dan Haziq kebah, suami terus membawa kami sekeluarga mendapatkan suntikan vaksin antiviral di Poliklinik Hikmah malam tadi. Maryam dah awal-awal dibawa suami untuk mendapatkan suntikan vaksin antiviral tersebut. Kalau ikut Doktor ini bukan vaksin H1N1 tapi enam puluh peratus (60%) boleh mengelakkan kita dari terkena flu macam-macam. Kalau difikirkan tentang wang, memang boleh tahan. Tapi saat-saat ini memang tak boleh terlalu memikirkan wang. Soalnya dah 33 orang mati. Epidemik wabak selsema babi~!. 40 persen tu kami serah pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani!

Kemeterian Kesihatan Malaysia sering kali mengulangi panduan menjaga kebersihan diri perlu diikuti. Basuh tangan, sentiasa pakai face mask, jangan dekati kawan-kawan yang deman, selsema atau nampak tak sihat..etc..etc...tapi anak-anak bujang ku mana nak fikir itu semua. Nampak makanan terus belasah! Asal kawan offer air ke bekal ke, kalau tekak tengah kering atau perut tengah keroncong, belasah aje! Sukar menentukan anak-anak mengamati panduan kebersihan. Berulang kali juga kami suami isteri menasihati anak-anak tentang H1N1 tapi sejauh mana penerimaannya tak dapat kami pastikan!

Kalau sebelum ini flu burung, flu babi...apa pun namanya tetap musibah...ia suatu bala yang perlu diambil iktibar!

Sesungguhnya musibah atau bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan perbuatan-perbuatan hambaNya yang melanggar hukum. Kalau umat nabi-nabi terdahulu Allah kirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad s.a.w., isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala sudah boleh diketahui.
Itu tandanya Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera kembali mengingati-Nya. Kita boleh juga disifatkan sebagai hamba yang amat disayangi Allah, cuma hambaNya sahaja yang tidak mahu memahami serta mengenal erti kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Astagfirullah. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini yang sering lalai, alpa dan lupa bersangkaan baik padaMu ya Allah!

Sekiranya kesalahan umat terdahulu itu kerana melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, telah menyebabkan mereka ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, perlu kita ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.

Selsema babi, H1N1...apa pun namanya ia dikirimkanNya agar manusia sedar dan kembali ke pangkal jalan. Renungilah...apakah telatah, gelagat, perwatakan dan perlakuan kita selama ini megundang bala Allah.

Wednesday, July 22, 2009

Tambang Naik Lagi!

Adui...tambang bas sekolah akan naik lagi... Baru tak barulah tambang sekolah anak dah pernak naik tahun lepas. Ni naik lagi! Kali ini official announcement pulak tu...mesti kena bayar lebih lah! Tambang pengangkutan awam juga naik....belum lenyap cerita tambang naik naik, LRT dah buat perangai. Terkemut-kemut....macam siput babi! Selalu 28 minit hari senin lalu....perjalanan jadi 35 minit. Ada hati nak naik tambang! Baru terfikir nak beli kain sofa untuk raya... Adui...kena buat bajet barulah ni.

Kalau naik LRT ni ok sikitlah dari kawan kawan-kawan yang masih bergantung pada komuter KTM untuk ke ofis....dah naik tambang performance pun mestilah improve, wei!!! Kesian...Liza kawan aku tuh... naik komuter KTM yang sentiasa ada masalah. Banyak delay dari on time!!!

Monday, June 29, 2009

Anakku, LUQMAN


Pagi tadi, sebaik sahaja aku hendak melangkah ke kereta untuk ke ofis, Luqman mencuitku dan menerangkan bahawa dia lupa ada homework yang perlu disiapkan tapi terlupa sebab tertidur malam sebelumnya! Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih aku berjanji padanya, "takpelah nanti balik ofis Mama tolong siapkan!" Riak wajahnya tidak ceria seperti biasa. Aku tahu dia cuak kerana kerja sekolahnya tidak siap dan perlu berhadapan dengan guru Englishnya yang katanya, suka pegang pembaris panjannnnnnnnnng!

Setiap kali melihat dia membuat kerja-keja sekolah hatiku tersentuh. Kesungguhan Luqman untuk membereskan kerja-kerja sekolahnya memang kukagumi. Dari tiga anak lelaki yang dianugerahkanNYa pada kami suami isteri, Luqman paling cerdik, bukan sahaja suka bertanya tetapi soalan yang ditanya bukan calang-calang! Umpamanya, semasa melintasi tol, dia bertanya apakala melihat teksi dibelakang kereta kami, tol siapa yang bayar pemandu teksi ke atau penumpang teksi? kadang-kadang lawak pun ada, agaknya sebab Luqman selalu overheard aku bercakap dengan bosku bergelaran "Dato", dia bertanya, kenapa bos mama panggil datok?. Sebaik sahaja dia bisa bertutur, tak henti-henti bertanya sehinggakan ada kalanya aku menyuruhnya berhenti bercakap. Tak hairanlah apa bila ujian IQ Luqman memang above-average. Tapi sejak dia mula ke sekolah menduduki darjah satu, pembacaan dan penulisannya semakin teruk sehinggalah dia tidak akan membaca apabila disuruh mahuhpun dipukul! Mulultnya seperti digam, ntah mengapa.


Kalau tulisannya...kalau tak terbalik tak sah. Pada permulaannya kami cool lagi fikirkan, dia banyak main....sehinggalah kami dapati tulisnannya kebanyakkannya terbalik termasuk jawi! Mula-mula ku pukul juga tetapi ntah mengapa setelah melayari internet...kami jumpa jawapannya!

"Mama, kerja sekolah Teacher Maarof kena siap! Tolonglah ... yang ini nak isi apa" kata Luqman bagai merayu aku membantunya menghabiskan kerja-kerja sekolah.

Aku tahu dia sedar kelemahannya kerana masih tidak mampu membaca apatah lagi membaca dalam bahasa English....menulis lemah sekali. Itulah anakku Luqman yang dilahirkan dengan DYSLEXIA. Luqman disahkan menghadapi kepayahan dalam pembelajarannya kerana dyslexia, setelah satu ujian penilaian dibuat ke atasnya. Frustrated sangat dengan keputusan itu....Kami sebagai ibu dan bapanya hanya mampu berikhtiar menghantar Luqman ke kelas tambahan di Persatuan Dyslexia Malaysia dan terus berdoa agar Luqman akan normal semula seperti orang-orang yang lain! Tapi tak mungkin dia tidak akan menjadi seorang yang berjaya seperti Bill Gates atau Thomas Edison....... atau akan handsome macam Tom Cruise!?

Kalau hendak tahu mengenai dyslexia sila ke www.dyslexia.com

Thursday, June 25, 2009

Mesyuarat

Semalam meeting, kelmarin meeting...meeting, meeting tak abis-abis meeting. Hm...naik mual bercerita mengenai meeting. Sebelum meeting, preparations untuk meeting lagi, termasuklah minutes of meeting, confirmation of attendance, refreshment menu ...... eih, tak abislah keje-keje yang nak dibuat sammmmpailah masa meeting!

Dan lepas meeting pulak..... mana nak terkejarkan minit.... tak masuk lagi ramai yang mengendeng nak tahu pasal meeting especially kalau dihujung-hujung telinga mereka dah terdengar mengenai reorg ke restructure ke, paper bonus ke, paper realignment of position ke.... biasalah ada setengah manusia takkan lari dari nak menyebok-nyebok! Tapi on the other hand, mereka pun nak tahu jugak especially kalau dah terdengar nama sendiri dah naik! Hish..hish...rahsia tetap rahsia!

Kalau cerita pasal rahsia ni....hish...hish...what I can say is mulut manusia memang tak boleh ditutup asyek "on" je, "off" dia bila dapat electric shock je! Termasuklah I mula-mula nak simpan rahsia especially dari "kawan baikku"...memang fail....Tapi iyelah rahsia tetap rahsia, eik!

Berbalik pada kerje aku nih, memang kekadang boring kalau nak kan meeting jadi interesting...tak boleh...sebab memang mesyuarat ni boring. Kalau ada yang menguap tu... atau keje dia main angguk je .... memang betullah tu tindakan dia orang tu!. Apa taknyer kalau dah berjam-jam dalam bilik mesyuarat. Kuih tiga ketul dah abis, buah potong dah pun lama habis, air dah dua tiga kali tambah...eik...nothing wrong lah kalau menguap ke, main game kat handphone ke, kalau yang ada PDA tu check e-mail lah, text messages la, balas e-mail atau check calender. Keluar masuk, keluar masuk bilik air tu biasa lah. Yang eik! tiba-tiba hilang pun ada dan dah hujung-hujung meeting baru nampak.

Eh that's normal mann...tindakan yang tak menyalahi undang-undang. Namun begitu, ia memang menyalahi etika bermesyuarat!

So pada sape-sape yang memang kaki kena pi meeting, keep up your good job...pandai cari alasan nak lari dari mode kena layan si pengerusi bercakap dan/atau melayan setengah-setengah orang punya small-matter issues! Yang patut selesai sendiri i.e small matter issues atau melayunya isu remeh temeh tu ........ tolonglah.....selesaikan lah sendiri tak payah lah bawak dalam meeting.........cos it's a waste of other people's time and intelligence!

Thursday, June 18, 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang...

Usia remaja telah lama kutinggalkan bukan kerana hendak ditinggalkan tetapi itulah kitaran hidup yang setiap insan perlu lalui. Sekiranya diberikan pilihan, mungkin ramai yang memilih untuk kekal berada dalam zaman remaja. Kukira kalau diberi pilihan yang sama, pilihan aku adalah untuk kembali ke zaman itu, tapi dengan satu tujuan untuk undo all the mistakes that I've done. Tapi sayang...kitaran hidup telah ditetapkan oleh NYA yang Maha Esa. Itu sememangnya tak mungkin. Cuma doa kupanjatkan semoga Allah meredhai perjalanan hidup ini sehingga akhir hayatku!

Kalau dah teringat cerita dan kenanga lama, teringat jugaklah kawan-kawan lama atau sape-sape yang pernah kita suka, admire dan "macam-macam" lagilah...... Kadang kala dalam keadaan yang tension menghadapi kerja office yang tak abis-abis....kenangan yang manis tu could somehow helps in releasing tensions, stress and make our mood, better in some ways! Kenangan yang pahit itu diingati untuk mensyukuri apa yang dikurniakanNya pada kita kini.

Memanglah... tiada yang abadi, yang patah tumbuh dan yang hilang berganti. Yang ditinggal dan meninggalkan kita sama ada berpisah hidup atau mati diabadikan saja dalam hati dan sanubari kita. Memang ada kala terasa eih, rinnnndunyaaaa....rin.....du sangat... tapi anggapkan ajelah ia mainan perasaan dan tak perlu dihidupkan walaupun memang sukar.

Kita manusia hidup atas permukaan bumi ni pun sebagai hamba...hamba pada Allah yang satu-satunya abadi! Namun itu pun kadang kala dilupakan ... sering dilupakan!

Wednesday, June 17, 2009

Maryam dah 2 tahun!


Masa berlalu dengan begitu pantas. Betullah orang-orang tua sering berkata, masa untuk orang yang dah "berumur"ni selalunya berlalu dengan pantas...

Tup...tup Maryam Kamilia dah 2 tahun! Masih segar diingatan... aku terbaring di katil SMC Shah Alam menunggu untuk dibedah. Masih teringat dengan jelas muka-muka ber"mask" melayan aku tatkala Dr. Siti Esah membelah isi perutku untuk mengeluar anak yang kukandung selama sembilan bulan tak kutahu lelaki atau perempuan... teringat kata-kata Dr. Siti, "Azidah... anak Azidah comellll...". Dan paling ingat sakitnya selepasa dioperasi itu!

Walau apapun, SELAMAT ULANG TAHUN, SAYANG....Mama doakan Maryam menjadi anak yang solehah, beriman dan bertaqwa.
Betullah...masa kurasakan begitu pantas berlalu. Izzat dah masuk 11 tahun, Haziq dah 8 tahun dan Luqman nak masuk 7 tahun. Everything has changed and will go on changing! Muka yang dulu halus mulus ... dah nampak kedut here and there! Uban ...? well so far anak-anak bujang ku dah pandai buat duit dengan mengambil upah cabut uban Mama mereka. Botak...? Ye.. kalau diteruskan kontrak upah cabut uban tu, tak lama memang botaklah Mama mereka!

Tulang... kuat lagi...masih mampu menjalani kehidupan dengan berkat dan keredhaanNya...masih mampu melayan suami dan anak-anak yang memerlukan kita sebagai sandaran kasih dan sayang mereka. Aku bersyukur.....Bersyukur sangat!

Wednesday, May 6, 2009

Bukan satu kepastian



Kerja tengah banyak sangat. Semua nak disiapkan sebelum akhir minggu nih! Stressful...blood pressure ku yang sejak duamenjak ni border-line, pikir-pikir memang tak worth duduk level 14 bergelumang dengan file-file sulit, minit yang bertali arus, meeting yang kekadang tak de penghujungnye....

Duduk berjam-jam dalam meeting room, semua orang yang "kunun" engross dalam perbincangan semuanya five digit salary...haku jugak yang masih tengah bulan asyeknya tak nampak RM....sib baik my other half ade.

Thursday, February 12, 2009

Selamat Hari Jadi, Abah!


Last weekend kami adik beradik organisedkan majlis hari jadi Abah...jeng...jeng...surprised!
Abah pun nampaknya terkezut. Kami jemput one of Abah's best friend, Pakcik Nawi untuk meraikan majlis yang tak seberapa tu....
Abah nampaknya happy sebab pertamanya kami adik beradik dan keluarga semuanya berkumpul megecohkan suasana, kecualilah Bebu yang ada kat Jepang dan kakak di K.K tu....

Apapun, Abah selamat hari jadi semoga dipanjangkanNya umur dengan keberkatan dan dimurahkan rezeki!

Thursday, February 5, 2009

Bila Terlalu Manja

Pagi ini perangai Izzat benar-benar menyakitkan hati. Melalak minta aku menemaninya memakai baju sambil berlari (berlenggeng) ....mengejarku yang sudah melangkah ke luar rumah untuk ke kereta. Jam sudah menunjukkan 7 suku...hai jawabnya lambat lagilah aku ke ofis. Suami sudah naik angin dan dengan rotan di tangan berlari anak masuk ke dalam rumah untuk melibas Izzat. Kasihan...Izzat kene rotan dengan Abahnya...tapi memang patut pun mengada-ngada tak tentu pasal. Puncanya dia mengadu tali pinggang sekolah disorok Luqman. Aku ntah mengapa memarahinya ( kataku, Izzat yang tak tahu nak simpan barang sendiri), lalu dia menangis kerana suaraku yang agak tinggi. Mulalah episod Izzat meragam sehingga aku terpaksa masuk semula ke rumah untuk memakaikan baju sekolahnya. Entahlah suami mengatakan aku terlalu memanjakan dia. Manja...semua anak kulayan sama rata... mungkin Izzat terlebih sikit je. Semasa aku menaiki kereta, Izzat masih menangis menjerit namaku minta itu dan ini...aku terpaksa memekak telinga.... Kasihan itulah Izzat! Kadang-kadang dia seorang anak yang baik dan teman yang menyeronokkan tapi dalam situasi yang lain dia seolah-olah menjadi seorang anak yang kurang mendapat perhatian. Hm menyesal pun ada, sepatutnya aku tak seharusnya meninggikan suaraku terhadapnya...sepatutnya aku cuma mengiyakan katanya dan terus menyuruhnya memakai baju sekolah...sepatutnya aku seharusnya memujuknya supaya tidak menangis. Entahlah....Izzat-Izzat!

Tuesday, February 3, 2009

Hari Paling Rileks

Hari ini hari paling rileks ... tenang untuk ke ofis. Anak-anak semuanya sudah kemas berpakaian sekolah dan beg sekolah pula tersedia di atas sofa tepi pintu luar. Waktu itu jam masih lagi 6:45 pagi. Hubby sudah memanaskan injin kereta, bersedia untuk ke ofis. Selalunya waktu begini aku masih berserabut dengan karenah anak-anak yang bersiap untuk ke sekolah. Bukan hanya serabut tetapi terdengar pekikan dan jeritan kecil anak-anak yang masing-masing perlukan itu dan ini. Pagi ini, Maryam Kamilia pula kebetulan tidak meragam tapi bangun tidur dengan mood yang begitu ceria.

Hari ini hari yang agak berbeza sedikit dari hari-hari lain. Pembantu rumahku dari Indonesia boleh dikatakan tangkas menguruskan kerja-kerja rumah. Syukur. Setelah setahun keluarga kami kembali organised.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...