Monday, January 31, 2011

Begitulah...

Hampir setiap bila menidurkan anakku Luqman dan Maryam....zikrullah tidakkan lekang dari bibir...

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
 

Tubna ilaLLah..waroja'na ilaLLah...wanadamna ala fa'alna...
(Aku bertaubat padaMu...kami akan kembali kepadaMu...Kami menyesal akan perbuatan-perbuatan kami....



Ya Allah...jadikanlah anak-anakku golongan orang yang bertaqwa, beriman dan berilmu di jalanMU...






Doa dari surah al-saffat


As-saffat ayat 100 mafhumnya "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"


Sebelum melelapkan mata Luqman akan membacakan dua' tidur lengkap di alam dwi bahasa Arab dan Melayu.  Sayu kufikirkan....anak-anak ini umpama kain putih yang dicorakkan oleh orang yang membesarkannya....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi kalau direnung perpatah orang Melayu....‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’...kalau diamati kata-kata itu sebelum dilahirkan lagi ibu dan bapa yang sudah bertanggungjawab untuk mengacukan insan yang bakal dilahirkan itu....

Teringat kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.....

Maknanya,  sedari awal pembentukan seorang insan di dalam rahim ibunya,  ibu bapanya harus mula memantapkan diri mereka dengan keimanan dan taqwa yang juga akan menjadi bekalan keruhanian pada insan yang akan dilahirkan itu.......sebab itu digalakkan mengamalkan doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya, membaca Al-Quran dan melakukan solat-solat hajat dan berqiamulaill.

Izzat - "Kemuliaan"

Haziq - "Cerdik"

Luqman - "Bijaksana"

Maryam - sempena nama "Bonda Nabi Isa A.S yang suci"
"MARYAM, IBU NABI ISA A.S... MENJADI CONTOH TELADAN WANITA BERIMAN YANG  BERKORBAN DALAM PERIBADATAN. MARYAM.... NAMANYA YANG INDAH TERMAKTUB DALAM AL-QURAN"
Aku bagaimana?  Suami pula.....?  Apabila disahkan mengandung....dan kemudian melahirkan....Izzat...waktu itu aku masih muda dan baru mengenal alam perkahwinan....mungkin waktu itu sibuk menyesuaikan diri sebagai seorang isteri ....tarbiah diri juga kurang....Kemudian dengan anak-anak seterusnya, ilmu bertambah sedikit demi sedikit.  Sememangnya takkan sehebat cerita Iman Abu Hanifah.  Namun  secetek manapun ilmu di dada diriku dan suami dalam bab-bab agama, kami bertekad untuk membesarkan anak dengan ilmu agama.  Islam adalah 1st priority kami dalam mendidik anak-anak dan untuk itu tiada kompromasi!

Sejak Izzat masih dalam kandungan, kami suami isteri bagai berpakat tanpa menzahirkannaya....Anak-anak kami akan dibesarkan dengan Islam sepenuhnya.  Lahirnya Izzat ditangan doktor wanita Islam yang mengingatkan aku untuk membanyakkan berzikir dari mengeluh. Pusat perubatannya pula sentiasa bergema dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran.  Pembantu-pembantu hospital pula sering mengingatku pada Allah.  Bgi Haziq dan Luqman, mereka dilahirkan dalam suasana yang jauh berbeza dari apa yang dilaluiku semasa kelahiran Izzat kerana waktu itu kami di Jepun.  Tapi kami sedaya upaya membentuk suasana supaya anak tetap disambut dalam suasana Islam.

Kami sedar, membentuk anak-anak kami sebagai seorang Muslin sejati bukan hanya dengan menghantarnya mengaji dan ke sekolah KAFA....  kerana iman dan taqwa perlu ditanam dengan persekeliling yang islamic tanpa pendedahan yang terlalu materailstik dan bersifat duniawi semata. Justeru itu kami mencari-cari  sekolah yang sesuai dan termampu agar anak-anak mendapat pendidikan Islam yang sempurna.    Kami mengharapkan keredhoan Allah dengan usaha kami itu.  Kami sentiasa berdoa agar Allah akan menjadikan anak-anak kami itu sebahagian dari umatnya yang beriman, bertaqwa, soleh dan solehah.


Haziq dan Luqman sewaktu belajar di tadika...Pembelajaran Awal Mengenal Allah!


Haziq yang baru melangkah ke alam persekolahan, bersama abangnya, Izzatyang dah jadi senior di sekolah...



Luqman di hari pertama persekolahan....segaknya anak mama....
Setiap hari bila dibelek akhbar harian, kami jadi takut...ngeri dengan keadaan persekitaran masalah sosial yang terlampau...nama saja negara Islam..majoriti penduduk Islam, Pelembangaan Negara yang menjamin Islam sebagai agama rasmi tetapi ternyata orang kafir di negara ini lebih baik sifat dan akhlaknya dari orang yang beragama Islam.   Kami gentar sekiranya akar umbinya iaitu iman tidak ditanam dalam sanubari anak-anak sedari kecil, target kami untuk menjadikan anak-anak kami Muslim sejati takkan kesampaian.....

Kemesraan seorang abang dengan adiknya.......kasih sayang yang abadi...

Doaku ...biarlah kemesraan ini berkekalan...Izzat harus menjadi pembimbing dan pelindung kepada adik-adiknya....khusus adiknya Maryam!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...