Wednesday, December 28, 2011

Apakah harta yang disayangi atau anaknya

Kisah malam hari Selasa (26 Disember 2011) begitu menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kami sekeluarga....InsyaAllah.

Kisah bermula apabila sepupu suami, Ruby kehilangan dompet yang mengandungi wang, KP, Lesen memandu dan kunci kereta.  Sedang menunggu pembuat kunci (kunci "spare" pun dah hilang sebelum itu) membuatkan replika kunci kereta proton wira Ruby, kami dikejutkan dengan kejadian yang tak "berapa suka" ditonton.  Kereta BMW terkunci dan anak berumur sekitar setahun setengah di dalam sedang tidur (betul-betul nyenyak) dengan engine and air-cond on... Pemandu merupakan ibu kepada anak yang terkunci masih muda kelihatan panik apabila anak tidak mahu bangun supaya dapat membuka kunci kereta dari dalam kereta...

Setelah 15-20 minit orang ramai menolong mengerak-gerakkan kereta, menepuk-nepuk kaca tingkap dari semua arah, ada yang menjerit dan memekik nama anak itu supaya bangun dari tidur, hon dibunyi dari pelbagai jenis kereta hingga lori simen, namun tak berhasil.  Orang ramai mendesak agar si ibu memecahkan cermin namun dari arahan suaminya... yang dikatakan berada di luar negara, "jangan" tapi "tunggu aje spare kunci".... aik apa kes ni?

Dah masuk 1/2 jam orang ramai makin ramai yang mengerumuni kereta BMW.  Tetapi sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan tempat kejadian itu tapi tak lengganglah tempat tu sebab digantikan pula dengan orang lain yang simpati dengan nasib  yang menimpa ibu muda dan anak kecil itu.  Nasihat dari pelbagai orang Melayu, Cina dan India (ini baru 1 Malaysia) supaya si ibu memecahkan saja cermin tingkap belakang namun si ibu tetap mahu menunggu abangnya yang dikatakan akan mengahantar kunci spare BMW.....Si ibu yang sememangnya nampak panik masih menaruh harapan pada kunci spare yang "on the way..." entah dari mana tak ku tanya, tapi selepas 1/2 jam pun tak sampai-sampai kunci spare.  Orang ramai yang ada apabila melihatkan sikap si ibu yang lebih sayangkan BMW itu dari nyawa anak, ramai yang beredar tapi diganti dengan orang lain yang simpati.....

Setelah hampir sejam....anak kecil itu tersedar dari tidurnya yang nyenyak dan si ibu lantas menyuruh si anak itu membuka kunci kereta....drama hampir sejam itu tamat dengan anak dan ibu berdakapan.....orang ramai pun bersurai....

Entahlah ....kalau aku berada dalam situasi si ibu apa yang akan ku lakukan....pecahkan cermin tingkap (yang kalau nak ganti harga boleh mencecah RM10K....atau biarkan sehingga kunci spare datang (itupun kalau ada...kalau tak de...?) atau tukang buka pintu datang.....

Wednesday, December 21, 2011

Little things we should treasure....

Semalam mengemas-ngemas bilik santai...terjumpa dua perkara yang menyentuh hatiku.....

(1) Kad Ucapan Hari Bapa yang dibuat oleh Haziq

(2) Buku "Kembara Khazanah" Luqman

Hah....rindunya anak-anakku Haziq dan Luqman.  Tak sabar berjumpa mereka pada hari tamat sesi pra-kemasukan Maahad  Ahad ini.....Rindunya mama dan abah pada kalian berdua....

Kad Ucapan Hari Bapa terjumpa dalam lipatan buku-buku Haziq....Lupa, mungkin untuk diberikan kepada Abahnya.  Ini muka hadapan kad

Kad Ucapan muka hadapan dan belakang

Terharunya...inilah gambaran keluarganya...dari kaca mata Haziq.

jeng..jeng...Jangan Tinggal Solat hehe... nasihat ikhlas dari seorang anak (bakal Al-Hafiz, InsyaAllah) kepada Abahnya....

dari kacamata Haziq...Aahhhh akulah ibu yang rajin! Tengoklah tu Mama sedang pegang apa...dan Abahnya tak boleh berenggang dengan (waktu itu) blackberrynya....

comelnye......

Terharunya...."Ikhlas daripada : Haziq Untuk: Abah"

Antara buku kesayangan Luqman...

terbuka buku dan terlihat tulisan ini bak kata-kata mutiara buatku....

Terharunya...walaupun spelling dan sentence structure salah..... hahaha!

Tuesday, December 20, 2011

Pencarian....

Hari ini kami masih tercari-cari sekolah berasrama penuh untuk Izzat... Kriteria sekolah simple je, sekolah beraliran agama, berasrama penuh dan tahfiz.  Aduih...memang penat mencari tapi tak putus asa dan tak rasa bosan mencari-cari sebuah sekolah yang sesuai dan terbaik untuk Izzat.  Laman web mana yang tak dikunjungi sampai Indonesia, Pakistan, USA, UK, Mesir semuanya dah lawat....tapi of cos lah tujuannya memang mencari yang dekat-dekat je... pada tanggal ini masih mencari...dalam pencarian dan tercari-cari.....!

Izzat....dia biasa je...dulu kalau beritahu "Izzat, kalau tengokkan perangai, sikap dan keputusan peperiksaan form 1 yang hmmmm...kena jugak lah mama dan abah hantar izzat ke sekolah berasrama penuh...tak boleh jadi ni... teruk!" kataku...automatik bergenang air matanya...kasihan, detik hati ku....ditangguhkan keputusan untuk mencari sekolah berasrama penuh yang sesuai.... sehinggalah suatu hari melihatkan Izzat menyakat adik-adiknya dan tak boleh kompromi ....keputusan dah dibuat ....sifat manja, acuh tak acuh, tak fokus pada pelajarannya harus berhenti sehingga tahun 2011sahaja....2012 Izzat perlu dibawa "hijrah" ke alam kehidupan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang syumul....masa remaja Izzat takkan kupersiakan...tekad kami...Izzat harus dibimbing supaya menjadi seorang muslimat bertaqwa dari erti kata sebenar.  Kami tidak mahu dipersoalkan oleh Ya Rabbi di akhirat kelak, bagaimana kami mempersiakan masa anak-anak... ibubapa sibuk dengan urusan pejabat anak-anak terbiar....kami tidak mahu bersikap "mengabaikan Allah dan tidak mengacuhkan kehidupan akhirat, sepanjang hidup mengejar keserakahan dunia"  Itu bererti kami akan abadi di dalam api neraka.  Al Quran juga menjelaskan orang-orang yang berada di jalan ini sebagai “orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat� “Maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.�" (al-Baqarah: 86)

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?' Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.' Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.' Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?�? ( al-Mu'minuun: 112-115)


Imbas semula....Izzat pada peringkat sekolah rendah sudah kami hantar ke sekolah aliran agama.  Niat kami biar dia dibesarkan di dalam Islamic environment... Islam adalah way of life.  Islam diturunkan oleh Allah selengkap-lengkapnya yang telah mengatur kehidupan manusia mencakupi segala sudut termasuk ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebuadayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains dan undang-undang.


Tapi tugas itu tak sampai di situ sahaja...walau niat dah ada  tapi bagi mencapai matlamat membentuk anak menjadi muslimat bertaqwa pengisian kerohaniannya harus juga mantap.  Kekangan masa disebabkan oleh urusan kerja kami,  masa dan ruang bersaman Izzat (juga adik-adiknya) menjadi terlalu terhad dan walaupun kami berusaha menjadikan masa yang ada itu berkualiti namun terlalu sedikit masa.  Pagi kami hantar mereka ke sekolah jam 7:30 pagi dan mengambil mereka semula jam 7:00 malam kekadang lebih lewat dari itu. Lebihan masa dari waktu sekolah digunakan untuk bermain sahaja (dah namapun "budak"....), bila sampai rumah semuanya keletihan dan kepenatan lantas kerja-kerja sekolah terabai....akhirnya akademik ke mana...pengisiannya juga ......(a big question mark!!!)

Sehingga pernah terjadi ada ketika seorang yang bermurah hati (mungkin orang yang tinggal di dalam perkarangan sekolah) telah menawarkan talifon bimbitnya supaya digunakan oleh anak-anakku untuk menghubungi kami lantaran waktu itu sudah terlalu lewat tetapi mereka masih berada di perkarangan sekolah.  Aku dengan meeting tak sudah-sudah manakala abah mereka terpaksa kerja luar. Tapi anak-anakku sudah faham dan jelas dengan rutin seharian kami.....


Hah....pencarian diteruskan ...... mesti diteruskan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...