Thursday, December 9, 2010

Cerita Harga Minyak Naik.....

Petang Jumaat 3 hb Disember,,,ada orang dah sound minyak RON 95 akan naik...rasa-rasa tidak...rasa-rasa bukan RON95 mungkin kalau naik pun RON97...sebabnya.....Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kan dah kata harga minyak RON95 akan kekal sepanjang tahun ini......ciss...

Balik rumah, buka TV...berita jam 8 lama...confirm RON 95 naik 5 sen. Terkejut pun ... marah pun tak...cuma ada sikit rasa nak tergelak..... Kenaikkan 5 sen dari harga asal rm1.85 sen kepada harga baru rm1.90 sen dan kata menteri di Jabatan Perdana Menteri tu kenaikkan ini tidak membebankan rakyat......

Meh nak cerita beban tak beban....baru ku tahu gula dah naik.....seluar dan baju sekolah pun dah naik...serba serbi naik...apa aje yang tak naik....baru kurasai sungutan rakyat yang lain sehingga semalam memegang wang kertas 50.00 untuk ke pasar malam serba serbi naik....minyak pun naik kak....gitulah komen seorang penjual sayur bila kukata eh kenapa dah naik harga... dan yang kekal harganya pun nipis no ikatan sayurnya itu.......

Hm....Naik jangan tak naik kalau boleh kasi naik laggikkk......

Friday, December 3, 2010

Cerita hadiah Luqman

Seawal pagi 23 Oktober 2010, Luqman telah mengingatkanku tentang janji  ... hadiah hari jadi .... jam kalis air.  Beli jugaklah jam tu  hahaha...di Mydin! Luqman kata nak jam kalis air, ada lampu boleh tengok jam tengah malam, boleh kena air laut dan boleh pakai semasa berenang....hoohoo...itu kena tunggu father krismaslah jawabnya....Tapi uncle kaunter jam kat Mydin tu kata pada Luqman....budak-budak pakai jam kalis air biasa saja boleh pakai ambil wudhuk tak payah tanggal.....senang pulak memujuknya...terus Luqman kata OK dan kami pun bayar.....sejak itu tidur pun bertemankan jam! That's my son Luqman Hadhri....
ingat orang takutlah tu.....

Friday, October 22, 2010

Esok Birthday Luqman


Esok, 23 Oktober, harijadi Luqman yang ke -8.  Luqman dah cakap nak jam tangan untuk hadiah hari jadinya.  Jam tangan water reisistent dan tahan lama....mendalam maknanya tu.....kalau gunakan golden rule interpretation maknanya Luqman is trying to tell me that " hadiahkanlah yang mahal punyalah janganlah mama beli yang chokia-chokia punye pulak!"  Hmm...sometimes I know how his mind works...kalau tidak bukanlah mama yang melahirkan....

Oklay esokingatkan nak cari kat Mydin...Oppss...kat kedai jam kat Maju Junction....ke atau SACC Mall ke...tak tahu tengok keadaan!


LUQMAN di Majlis Konvokesyen Tadika Tarbawi...segak sungguh....

 
LUQMAN semasa 6 tahun......dah grad dah.....

Thursday, May 6, 2010

BILALAH NAK SIAP......?

Rumah sebelum renovation


Ubahsuai rumah kami dah bermula dari awal bulan 12 sebab kami nak rumah disiapkan awal tahun at least bulan Februari! Hmmm...tapi sehingga kini rumah tak siap-siap! Rumah berdebu dengan abuk... tak tahan betullah .... kekadang sakit mata jugaklah sebab tengok rumah berselarak...tak rupa rumah. Kontraktor kata bulan ni boleh siap TAPI .....takut-takut majlis menyambut menantu yang dijadualkan dibuat di rumah kami pada tanggal 13 Jun akan datang, tak kesampaian! Macam mana ni...dah dihebahkan kenduri 13 Jun....hm, kene tangguhlah tu...tapi fikirkan Izzat periksa upsr bulan September, bila lagi masa yang sesuai?

Kontraktor kejenya tak excellent tapi boooleh tahan je...pekerja tak ramai...balik-balik mandor tu je yag datang buat keje...mana budak-budak keje yang lain? Jawabnya balik kampung...ntahlah BILA NAK SIAP NI HOIII.......



...macam kat bumi Palestine pulak!

Monday, March 22, 2010

Nak selsema dan demam, kot!


Kepalaku rasa berat, hidung tersumbat, tekak sakit, badan biasalah sengal-sengal....nak demam kot! Tapi keje kat ofis tak habis lagi....fikirkan kenapalah aku ke Sogo lunch time tadi...dah tahu badan tak sedap. Bercerita fasal SOGO fuyoo...bed spread murah-murah happy hours lagi...tapi tulah Sogo biasalah banyak sale dari tidak! Tapi hari ni aku terjebak lagi ...melayang 50 hengget beli king size fitted sheet aku tulah.... memang perlu beli pun sebab katil dah saiz King....yang ada pun satu baru...dah pakai ada dua ke tiga minggu mesti nak tukar, kan! Bau bachin pulak lah nanti. Kali ni beli yang murah je happy hours dari RM239 diskaun 80% + discount happy hours jadilah RM45.90. Beli ajelah pejam mata....lagi pun dah nak kene beli jugak kan!. Tapi balik ofis ada penin-penin kepala....tekak makin sakit agaknya my high blood pressure lah..........jangan mid 40's crisis sudah!.

Cantiknya kitchen orang tu....yang nak tu adalah Fujihome Cooker Hood Model FX900V .... nak..nak..beli untuk kitchen baru nanti

Monday, March 15, 2010

Selamat Hari jadi, Haziq!

Pada tanggal 13 Mac, 9 tahun yang lalu, (tahun Jepun Heisei 13), Haziq Fiztri bin Jafri dilahirkan di sebuah Hospital Kerajaan Showa atau Koritsu Showa Byoin terletak di suatu bandar kecil, Kodaira-shi di Tokyo, Jepun. Nama Showa diambil sempena nama gelaran Maharaja Hirohito yang menduduki takhta diraja Jepun dari tahun 1926 hingga tahun 1989 Jepun yang juga dikenali sebagai era Shōwa (Keamanan Berihsan).

Haziq was so cute x3...comel dan montel. Mana tak montel, berat sewaktu dilahirkan adalah 3.75 kg.


Kini Haziq dah darjah 3 di Sekolah Ibn Khaldun...dah besar dah pun tapi masih kuat merajuk!  Sebelum 9 tahun, Haziq dah selamat bersunat.  Senang betul nak jaga dia masa sunat, buka t.v  dan bagi komik .... selesai !  Memang paling Haziq  suka buat waktu lapang,  baca mangga Doraemon dan Sinchan atau apa-apa saje mangga yang ada dalam rumah dan di pasaran. Cita-citanya, kalau tanya di rumah nak jadi (macam Mama suruh....) "Doktor" tapi bila di sekolah, nak jadi "Ustaz"!  Takpelah....asalkan jadi anak yang soleh, beriman dan beilmu, Syukur Alhamdulillah!



Gambar wajah haziq...

Pagi harijadinya itu, aku berkata pada haziq, tak nak ucapkan terima kasih pada Mama ke.... nape, tanya haziq terpinga-pinga, aku menjawab selamba, "sebab melahirkan Haziq!".  Tanpa ku duga, Haziq terus berbisik kepadaku, "Terima kasih, Mama kerana melahirkan Haziq! "
 Hmm....itu satu hadiah yang paling bermakna buat diriku.....

Omedetou Tanjyobi, Haziqiu Kun!

Wednesday, March 10, 2010

Ada Orang Dapat Katil Baru!

Pagi sabtu lalu orang Harvey Norman hantar katil baru kami yag ditempah tiga minggu yang lalu. Nothing special pun tapi iyelah katil IKEA kami yang dah berusia sebelas tahun lebih dan dah banyak berjasa tu dah tak bisa menampung berat-berat badan kami yang dah bertambah2 (akulah tu sebab Fida kata BMI aku sipi-sipi obess!)....tambahan pula, anak-anak yang suka sangat join-in tidur dengan kami atas katil tu....



Tulah katil baru kami..gedabak!




Hm...cadar saiz besar, besar jugaklah RMnya!

SAYONARA...rangka katil lama kami. But it's Not for sale.....!



Katil lama ini akan diletakkan di guest room baru kami nanti.

Siap pasang je.....berbunga-bunga hati kami berdua...nak tidur atas katil baru....Hm....iyelah bajet bulan lepas dah beli tilam KING size, kat warehouse Harvey Norman. Tapi bukan aku yang nak... eih, myhubby yang beriya-iya nak tukar gred katil kami, katanya ... selesa sikit tidur ehem..ehem...dengan anak-anak especially Maryam yang masih menyusu. Tapi biasalah hati yang berbunga-bunga tu kan layu jua....belum kami nak merasa first nite dengan katil baru....anak-anak dah occupied dulu...nak angkat mak aiii....myhubby kata susah sebab katil tinggi sangat...habisnya tinggalkan they all kat atas katil baru, aku menyelitlah tapi myhubby tido kat katil anak!




Haha...katil Maryam depan katil kami tapi nampaknye abah dialah yang tido kat situ.

Monday, March 8, 2010

GO JAPAN RM1250



Hubby membawa balik keratan akhbar....GO JAPAN PROMOTION FOR RM1250....Wow...terimbas kembali kenangan semasa mendiami bumi negara matahari terbit. Keindahan sakura, kemakmuran negaranya, kebersihan dan kejujuran penduduknya keunikan alam semulajadinya dan segala kenangan di Nihon sememangnya mengusik jiwa kami....

Oh! we really miss Japan.

Dah ye-ye nak pegi... dua orang baru RM2500, passport RM500.00 ...duduk boleh dikatakan free kat Niigata ada Bebu, kat Tokyo ada Ani kat Hiroshima ada Man....transportation jelah kami kene spend pas tu bawak makanan ala-kadar...nak bawak ole-ole tak byk kos cam serai, daun pandan, daun kari dan yang lain-lain sewaktu dengannya tu. Bila fikirkan lagi nak pergi, terbayanglah wajah-wajah anak-anak ...macam mana? rumah masih dalam construction, kalau adapun arrangements untuk the boys, Baby Maryam cam mane? Hubby kata OK, kita bawak saja anak-anak....RM...RM...RM...mesti dikorbankan...boleh Izzat tengok tempat dia dibesarkan di Tokyo-To dan Hiroshima, kami boleh ke Kodaira-Shi dan melawat Showa Byoin nak lawat tempat haziq dilahirkan.....penghujungnya ke Hiroshima, boleh melawat rumah sewa kami dulu, International House kami menghuni selama setahun sebelum pulang ke Malaysia, and OF COS Kadotani Byoin tempat Luqman dilahirkan.....so Baby Maryam yang masih cannot appreciate the tour boleh tinggal, just bring the boys....TAPI, siapa nak jaga Maryam...lagi pun kesianlahh.....Maryam kena tinggal...! Hm ... tapi yang menjadi halangan utama...NOPE, Aku kata pada Hubby...not now...WE Will Have to Wait IZZAT habis UPSRA dan PSRA....Kalau nak pegi sangat tunggu time yuki...end of the year....

SO...TAK JADIKALAH PEGI BUAT KALI INI....kalau pergi pun tulah end of the year....Tamat sudah kisah Mat dan Minah Jenin yang berangan-angan untuk ke NIHON.......Sayonara package RM1250!

Friday, February 12, 2010

Kejujuran itu Segalanya



Segalanya bermula dari satu sms yang nampak mencurigakan. Nampak sahaja tapi isinya cuma kata-kata yang kufikir diucapkan tanpa niat atau maksud yang mala fide. Perbalahan besar tercetus akibat satu sma yang diterima oleh seorang insan dari seorang insan yang lain, lalu mengheret suasana malam yang hening nan damai, menjadi satu malam yang haru biru!

Hakikatnya : Kejujuran. Kejujuran itu adalah segalanya. Walau diri diuji oleh Nya, diri dipukul ombak tsunami yang membuas, dilanda ribut petir yang menggancang, namun kejujuran itu masih suatu yang perlu dipertahankan. kejujuran yang terbina dari sifat kasih, sayang dan cinta seorang isteri terhadap suaminya itu tak harus goyah walau apa jua ujian yang dipersembahkanNya. Walau luntur sekali pun rasa kasih, sayang dan cinta yang berabad terpahat dihati dan sanubari seorang isteri, namun selagi bergelar isteri, kejujuran tak harus sirna. Berlaku jujur terhadap suami itu suatu amanah dan tanggungjawab seorang isteri. Firman Allah patuhnya isteri terhadap suami tak boleh disanggah...Kasih, sayang dan cinta sesama insan boleh berubah...tapi patuh pada Allah adalah sehingga akhir hayat. Atas dasar itu kejujuran ku jangan dipersoalkan.

Lalu malam itu segalanya terungkai, terungkap persoalan-persoalan yang selama ini menggoncang kalbu hingga mengunggis hati dan kalbu. Bukan lagi kias mengkias tapi kata-kata yang cukup menyernakkan hati tatkala mendangarnya. Cukup! dengan kata-kata itu kufahami apa yang terbuku dihatimu tapi jangan sehingga kata-kata yang diungkapkan itu menjadi racun dalam perhubungan kita.

Monday, January 25, 2010

Akan Ada Penghujungnya


Pagi ini seperti biasa lambat ke ofis. Hubby langsung minta cuti kerana tidak tahan melihat punchcardnya MERAH....Ini gara-gara orang gaji yang balik bercuti kemudian liat nak datang balik! Malas nak memikirkan sama ada orang gaji nak datang balik bekerja atau pun tidak. Fikirkan ambil yang baru ... tapi kalau ambil yang baru perlu lebih banyak ongkosnya! Heeh, malas betul nak fikirkan tentang ini. Tapi berbanding dengan dua tahun yang lalu masa aku hidup tanpa ber"orang gaji", lebih teruk. Masa itu Maryam masih baby, the boys masih belum matang sedikit pun. Segala-galanya ku bereskan semua. Letih gila! Sekarang ni the boys dah pandai sangkut baju sendiri...letak baju kotor dalam bakul baju, pandai bersiap sendiri, dapur pun kurang kecah bila kutiada di rumah. Hm, cuma bila kami nak ke ofis, kena tunggu van anak-anak sampai dulu baru boleh berangkat ke ofis. Itu yang lambat tu!

Tapi esok strategi baru. Letakkan budak-budak di taska Maryam, biar mereka semua tunggu van di sana. Tengoklah startegi ni berjaya atau tidak! Maryam pula nampak lebih riang di Taska. The boys akan lebih berdikari kot kalau tanpa orang gaji. Luqman memang tak sesuai langsung dengan orang gaji....Izzat pullk asyek bergaduh je dengan orang gaji. Haziq je OK....Tapi mama mereka pulak yang perlukan orang gaji...tak larat betullll! Basuh...hm sampai tiga baldi...masak cincai-cincai je selalu pun aku yang masak tapi sebelum dan selepas masak tu yang kena ada orang gaji! Longkang...bilik air dah jadi bilik air awam nye.... Akan ada penghujung ke masalah-masalah hidup tanpa orang gaji????! Seolah-olah kita ni macam cannot live without them! Nak prove otherwise pun alamak, penat aah, tak larat nanti cepat tua youuu! Akan ada penghujung ke pada masalah-masalah ini...atau terpaksa ku ambik orang gaji baru atau usahakan oranga gaji aku tu balik sini semula? SATU PERSOALAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...