Showing posts with label Negara Jepun. Show all posts
Showing posts with label Negara Jepun. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Anakku ... Emakku

banner ucapan Selamat hari Ibu yang digantung dihadapan Tadika Maryam...cantik dan menarik

"tanda tangan" Maryam, terharu bila melihatnya

Kata Maryam padaku, Mama...nak peluk Mama....

Di dalam kereta pulang dari tadika, Maryam menyuruhku pusing semula untuk melihat gambar "tangannya".  Aku kehairanan...tanpa bertanya.  Maryam meminta lagi supaya pusing semula ke tadikanya untuk melihat gambar "tanggannya"....aku terus tukar cerita supaya Maryam akan lupa dengan cerita "tangannya"....

Keesokkan petang apabila melihat banner ucapan Selamat hari Ibu dan melihat tapak-tapak tangan anak-anak di tadika Dzuliman...baru kufahami, Maryam meminta aku melihat "tangannya".....Aku terharu....benar-benar terharu.....kenapa ye....

Bagi ibuku...FARIDAH BINTI ABU BAKAR...




Mak, "Selamat Hari Ibu", "Selamat Hari Jadi" dan "Selamat Hari Guru" ...pengorbanan mak begitu berharga dan bernilai tiada tandingannya dan begitu berharga....

Mak bersama dengan orang paling disayangi, Abah....

Inilah mak saya....posing sakan semasa musim bunga di Jepun.....

Monday, March 15, 2010

Selamat Hari jadi, Haziq!

Pada tanggal 13 Mac, 9 tahun yang lalu, (tahun Jepun Heisei 13), Haziq Fiztri bin Jafri dilahirkan di sebuah Hospital Kerajaan Showa atau Koritsu Showa Byoin terletak di suatu bandar kecil, Kodaira-shi di Tokyo, Jepun. Nama Showa diambil sempena nama gelaran Maharaja Hirohito yang menduduki takhta diraja Jepun dari tahun 1926 hingga tahun 1989 Jepun yang juga dikenali sebagai era Shōwa (Keamanan Berihsan).

Haziq was so cute x3...comel dan montel. Mana tak montel, berat sewaktu dilahirkan adalah 3.75 kg.


Kini Haziq dah darjah 3 di Sekolah Ibn Khaldun...dah besar dah pun tapi masih kuat merajuk!  Sebelum 9 tahun, Haziq dah selamat bersunat.  Senang betul nak jaga dia masa sunat, buka t.v  dan bagi komik .... selesai !  Memang paling Haziq  suka buat waktu lapang,  baca mangga Doraemon dan Sinchan atau apa-apa saje mangga yang ada dalam rumah dan di pasaran. Cita-citanya, kalau tanya di rumah nak jadi (macam Mama suruh....) "Doktor" tapi bila di sekolah, nak jadi "Ustaz"!  Takpelah....asalkan jadi anak yang soleh, beriman dan beilmu, Syukur Alhamdulillah!



Gambar wajah haziq...

Pagi harijadinya itu, aku berkata pada haziq, tak nak ucapkan terima kasih pada Mama ke.... nape, tanya haziq terpinga-pinga, aku menjawab selamba, "sebab melahirkan Haziq!".  Tanpa ku duga, Haziq terus berbisik kepadaku, "Terima kasih, Mama kerana melahirkan Haziq! "
 Hmm....itu satu hadiah yang paling bermakna buat diriku.....

Omedetou Tanjyobi, Haziqiu Kun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...