Monday, August 17, 2009

Bulan Merdeka... Merdeka!


Merdeka? Malaysia yang dah merdeka hampir 52 tahun, tapi apakah Malaysia sudah benar-benar merdeka. Apakah Malaysian merdeka.......sehinggakan bahasa jiwa bangsa telah menjadi bagai melukut di tepi gantang! Peradaban bangsa Melayu sendiri kalau tidak Islam yang kawal mungkin sudah dibritishkan dan mungkin melayu akan tinggal nama sahaja! Lihat sahaja sekeliling kita, begitu banyak pub, kelab malam, karaoke centre...pergaulan muda mudi yang menjadikan negara kita persis negara yang masih terkapai-kapai tiada identiti. Kata negara Islam? Kalau look east ke look west ke, unsur yang buruk sahaja yang nampaknya lekat! Korridor bukan main banyak.... kita dilihat atau mahu dilihat sebagai maju, industrialised, modern ... tapi attitude umum khusus bangsa Melayu masih di takuk sama....masih tak berubah. Kalau tiga puluh tahun attitude "tidak apa" tu biasa tapi bila kita dah ada KLCC, TwinTower attitude seumpama itu masih ada, seolah-olah embeded in us..... kalau tidak, tak hairanlah kalau di Jepun dulu, kalau meeting atau perjumpaan, berkatalah orang Jepun pada orang Malaysia, Malaysian time, maknanya bolehlah datang lambat sikit sesuai dengan budaya engkau tu, tapi kalau dia bilang Japanese time, lambat seminit sayonara!
Merdeka kah kita?
Namun begitu, hakikatnya, aku bangga menjadi seorang Melayu yang berjiwa Islam...aku bangga menjadi seorang Melayu yang hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tapi bila difikirkan semula, aku tak kesah bangsa apapun yang penting Islam. Kalau dilahirkan sebagai bangsa Cina atau India atau Jawa atau Batak sekalipun kalau Islam dan berpegang teguh pada ajaran Islam dan berpaksikan qiblat Allah, aku tetap akan tetap bangga!
Mengapa dulu aku tak begitu....? Yelah masa dibangku sekolah kalau boleh nak dilahirkan sebagai seorang eurasian...agama: tak fikir. That's secondary (eh, teruknye aku masa tu. Astagfirulla!). Nak jadi mat salleh...nak jadi omputihlah you... speaking je makan pun fish n chips je.... I don't like curry, ok! Kalau tak boleh sangat sebab kulit taklah begitu cerah, bila dah besar sikit (lepas form two), bertukar arah pulak....mesti nak kahwin dengan omputihlah. Nanti anak lawa. Eh, tak main lah mamat melayu ni, paling kurang mamat mixed parentage, yang rambut ada blond-blond sikit tu! Itu aku masa di bangku sekolah. Sangat terpengaruh dengan dunia hollywood, glamour dan secularism (masa zaman 80an, Bollywood tak de lagi).
Bila dah dewasa dan matang sikit (itupun nasib baik belajar di UKM, not UK ye)...dah kenal erti kehidupan dan yang penting telah diberikan peluang dan kemudahan untuk revert to Islam....perasaan nak jadi omputih tu dah tak'da... sikit-sikit luntur kerana keimanan yang tersemat di dalam dada. Iman dan ilmu menjadi teras kehidupan seharian. Mengenali Islam lebih membuatku menghargai dan menghormati diri sendiri sebagaimana yang diciptakan olehNya. Dunia ini lebih indah dengan Islam dan hidupku lebih merdeka dari unsur dan anasir yang menjelekkan!
Merdeka, padaku membebaskan diri dari sesuatu yang membelengukan kita dan menjadikan pergerakkan kita terbatas. Sejujurnya, aku tidak pernah merdeka dari Mak dan Abah. Kadang kala mereka membatasi pergerakkanku. (I'm sure it's not for bad but for good reasons). Walaupun diri ini sudah lama berkahwin dan merupakan seorang isteri dan ibu kepada empat insan paling kusayang, aku masih belum merdeka dari Mak dan Abah. Masih terfikir-fikirkan mereka atas dasar tanggungjawab dan kewajipan seorang anak untuk menjaga hati dan perasaan dua insan yang membesarkan diri ini! Pendek kata, apa jua yang kulakukan ku imbangi dengan faktor-faktor yang berhubung kait dengan Mak ngan Abah, suami, juga anak-anak dan yang penting, aku terikat dengan consiousku. Hei...kita mana boleh bebas, kita takkan jadi bebas sebebas yang kita mahu ..... kerana kita ada ALLAH!
Selamat Hari Merdeka.... merdekanya Malaysia dari British!!!
(The picture above - Malaysian Flag, it's Luqman's handycraft)

Tuesday, August 11, 2009

H1N1, apapun namanya...tetap musibah!


Hari ini tanggal 11 Ogos, 2009, 7 lagi kematian tercatat. Muka depan di dada akhbar-akhbar arus perdana terus- menerus mengkhabarkan berita kematian akibat musibah H1N1. Angka kematian makin meningkat sehari demi sehari dan total kematian disebabkan H1N1 ini sudah 33! Tapi kini, bukan setakat H1N1 sahaja yang ditakuti tapi masalah jerebu juga mengancam kesihatan. Face mask dari 80 sen dah jadi RM1.35 sekeping. Bukan soal duit yang diungkitkan tetapi memikirkan nyawa yang diancam dengan pelbagai risiko! Sebaik sahaja demam Izzat dan Haziq kebah, suami terus membawa kami sekeluarga mendapatkan suntikan vaksin antiviral di Poliklinik Hikmah malam tadi. Maryam dah awal-awal dibawa suami untuk mendapatkan suntikan vaksin antiviral tersebut. Kalau ikut Doktor ini bukan vaksin H1N1 tapi enam puluh peratus (60%) boleh mengelakkan kita dari terkena flu macam-macam. Kalau difikirkan tentang wang, memang boleh tahan. Tapi saat-saat ini memang tak boleh terlalu memikirkan wang. Soalnya dah 33 orang mati. Epidemik wabak selsema babi~!. 40 persen tu kami serah pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani!

Kemeterian Kesihatan Malaysia sering kali mengulangi panduan menjaga kebersihan diri perlu diikuti. Basuh tangan, sentiasa pakai face mask, jangan dekati kawan-kawan yang deman, selsema atau nampak tak sihat..etc..etc...tapi anak-anak bujang ku mana nak fikir itu semua. Nampak makanan terus belasah! Asal kawan offer air ke bekal ke, kalau tekak tengah kering atau perut tengah keroncong, belasah aje! Sukar menentukan anak-anak mengamati panduan kebersihan. Berulang kali juga kami suami isteri menasihati anak-anak tentang H1N1 tapi sejauh mana penerimaannya tak dapat kami pastikan!

Kalau sebelum ini flu burung, flu babi...apa pun namanya tetap musibah...ia suatu bala yang perlu diambil iktibar!

Sesungguhnya musibah atau bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan perbuatan-perbuatan hambaNya yang melanggar hukum. Kalau umat nabi-nabi terdahulu Allah kirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad s.a.w., isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala sudah boleh diketahui.
Itu tandanya Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera kembali mengingati-Nya. Kita boleh juga disifatkan sebagai hamba yang amat disayangi Allah, cuma hambaNya sahaja yang tidak mahu memahami serta mengenal erti kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Astagfirullah. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini yang sering lalai, alpa dan lupa bersangkaan baik padaMu ya Allah!

Sekiranya kesalahan umat terdahulu itu kerana melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, telah menyebabkan mereka ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, perlu kita ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.

Selsema babi, H1N1...apa pun namanya ia dikirimkanNya agar manusia sedar dan kembali ke pangkal jalan. Renungilah...apakah telatah, gelagat, perwatakan dan perlakuan kita selama ini megundang bala Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...