Tuesday, August 11, 2009

H1N1, apapun namanya...tetap musibah!


Hari ini tanggal 11 Ogos, 2009, 7 lagi kematian tercatat. Muka depan di dada akhbar-akhbar arus perdana terus- menerus mengkhabarkan berita kematian akibat musibah H1N1. Angka kematian makin meningkat sehari demi sehari dan total kematian disebabkan H1N1 ini sudah 33! Tapi kini, bukan setakat H1N1 sahaja yang ditakuti tapi masalah jerebu juga mengancam kesihatan. Face mask dari 80 sen dah jadi RM1.35 sekeping. Bukan soal duit yang diungkitkan tetapi memikirkan nyawa yang diancam dengan pelbagai risiko! Sebaik sahaja demam Izzat dan Haziq kebah, suami terus membawa kami sekeluarga mendapatkan suntikan vaksin antiviral di Poliklinik Hikmah malam tadi. Maryam dah awal-awal dibawa suami untuk mendapatkan suntikan vaksin antiviral tersebut. Kalau ikut Doktor ini bukan vaksin H1N1 tapi enam puluh peratus (60%) boleh mengelakkan kita dari terkena flu macam-macam. Kalau difikirkan tentang wang, memang boleh tahan. Tapi saat-saat ini memang tak boleh terlalu memikirkan wang. Soalnya dah 33 orang mati. Epidemik wabak selsema babi~!. 40 persen tu kami serah pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani!

Kemeterian Kesihatan Malaysia sering kali mengulangi panduan menjaga kebersihan diri perlu diikuti. Basuh tangan, sentiasa pakai face mask, jangan dekati kawan-kawan yang deman, selsema atau nampak tak sihat..etc..etc...tapi anak-anak bujang ku mana nak fikir itu semua. Nampak makanan terus belasah! Asal kawan offer air ke bekal ke, kalau tekak tengah kering atau perut tengah keroncong, belasah aje! Sukar menentukan anak-anak mengamati panduan kebersihan. Berulang kali juga kami suami isteri menasihati anak-anak tentang H1N1 tapi sejauh mana penerimaannya tak dapat kami pastikan!

Kalau sebelum ini flu burung, flu babi...apa pun namanya tetap musibah...ia suatu bala yang perlu diambil iktibar!

Sesungguhnya musibah atau bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan perbuatan-perbuatan hambaNya yang melanggar hukum. Kalau umat nabi-nabi terdahulu Allah kirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad s.a.w., isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala sudah boleh diketahui.
Itu tandanya Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera kembali mengingati-Nya. Kita boleh juga disifatkan sebagai hamba yang amat disayangi Allah, cuma hambaNya sahaja yang tidak mahu memahami serta mengenal erti kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Astagfirullah. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini yang sering lalai, alpa dan lupa bersangkaan baik padaMu ya Allah!

Sekiranya kesalahan umat terdahulu itu kerana melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, telah menyebabkan mereka ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, perlu kita ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.

Selsema babi, H1N1...apa pun namanya ia dikirimkanNya agar manusia sedar dan kembali ke pangkal jalan. Renungilah...apakah telatah, gelagat, perwatakan dan perlakuan kita selama ini megundang bala Allah.

1 comment:

  1. This is looking very natural thanks for the wonderful photo you have provided us.

    Savita

    Cash Online Get Easy cash at your door step

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...