Monday, June 29, 2009

Anakku, LUQMAN


Pagi tadi, sebaik sahaja aku hendak melangkah ke kereta untuk ke ofis, Luqman mencuitku dan menerangkan bahawa dia lupa ada homework yang perlu disiapkan tapi terlupa sebab tertidur malam sebelumnya! Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih aku berjanji padanya, "takpelah nanti balik ofis Mama tolong siapkan!" Riak wajahnya tidak ceria seperti biasa. Aku tahu dia cuak kerana kerja sekolahnya tidak siap dan perlu berhadapan dengan guru Englishnya yang katanya, suka pegang pembaris panjannnnnnnnnng!

Setiap kali melihat dia membuat kerja-keja sekolah hatiku tersentuh. Kesungguhan Luqman untuk membereskan kerja-kerja sekolahnya memang kukagumi. Dari tiga anak lelaki yang dianugerahkanNYa pada kami suami isteri, Luqman paling cerdik, bukan sahaja suka bertanya tetapi soalan yang ditanya bukan calang-calang! Umpamanya, semasa melintasi tol, dia bertanya apakala melihat teksi dibelakang kereta kami, tol siapa yang bayar pemandu teksi ke atau penumpang teksi? kadang-kadang lawak pun ada, agaknya sebab Luqman selalu overheard aku bercakap dengan bosku bergelaran "Dato", dia bertanya, kenapa bos mama panggil datok?. Sebaik sahaja dia bisa bertutur, tak henti-henti bertanya sehinggakan ada kalanya aku menyuruhnya berhenti bercakap. Tak hairanlah apa bila ujian IQ Luqman memang above-average. Tapi sejak dia mula ke sekolah menduduki darjah satu, pembacaan dan penulisannya semakin teruk sehinggalah dia tidak akan membaca apabila disuruh mahuhpun dipukul! Mulultnya seperti digam, ntah mengapa.


Kalau tulisannya...kalau tak terbalik tak sah. Pada permulaannya kami cool lagi fikirkan, dia banyak main....sehinggalah kami dapati tulisnannya kebanyakkannya terbalik termasuk jawi! Mula-mula ku pukul juga tetapi ntah mengapa setelah melayari internet...kami jumpa jawapannya!

"Mama, kerja sekolah Teacher Maarof kena siap! Tolonglah ... yang ini nak isi apa" kata Luqman bagai merayu aku membantunya menghabiskan kerja-kerja sekolah.

Aku tahu dia sedar kelemahannya kerana masih tidak mampu membaca apatah lagi membaca dalam bahasa English....menulis lemah sekali. Itulah anakku Luqman yang dilahirkan dengan DYSLEXIA. Luqman disahkan menghadapi kepayahan dalam pembelajarannya kerana dyslexia, setelah satu ujian penilaian dibuat ke atasnya. Frustrated sangat dengan keputusan itu....Kami sebagai ibu dan bapanya hanya mampu berikhtiar menghantar Luqman ke kelas tambahan di Persatuan Dyslexia Malaysia dan terus berdoa agar Luqman akan normal semula seperti orang-orang yang lain! Tapi tak mungkin dia tidak akan menjadi seorang yang berjaya seperti Bill Gates atau Thomas Edison....... atau akan handsome macam Tom Cruise!?

Kalau hendak tahu mengenai dyslexia sila ke www.dyslexia.com

Thursday, June 25, 2009

Mesyuarat

Semalam meeting, kelmarin meeting...meeting, meeting tak abis-abis meeting. Hm...naik mual bercerita mengenai meeting. Sebelum meeting, preparations untuk meeting lagi, termasuklah minutes of meeting, confirmation of attendance, refreshment menu ...... eih, tak abislah keje-keje yang nak dibuat sammmmpailah masa meeting!

Dan lepas meeting pulak..... mana nak terkejarkan minit.... tak masuk lagi ramai yang mengendeng nak tahu pasal meeting especially kalau dihujung-hujung telinga mereka dah terdengar mengenai reorg ke restructure ke, paper bonus ke, paper realignment of position ke.... biasalah ada setengah manusia takkan lari dari nak menyebok-nyebok! Tapi on the other hand, mereka pun nak tahu jugak especially kalau dah terdengar nama sendiri dah naik! Hish..hish...rahsia tetap rahsia!

Kalau cerita pasal rahsia ni....hish...hish...what I can say is mulut manusia memang tak boleh ditutup asyek "on" je, "off" dia bila dapat electric shock je! Termasuklah I mula-mula nak simpan rahsia especially dari "kawan baikku"...memang fail....Tapi iyelah rahsia tetap rahsia, eik!

Berbalik pada kerje aku nih, memang kekadang boring kalau nak kan meeting jadi interesting...tak boleh...sebab memang mesyuarat ni boring. Kalau ada yang menguap tu... atau keje dia main angguk je .... memang betullah tu tindakan dia orang tu!. Apa taknyer kalau dah berjam-jam dalam bilik mesyuarat. Kuih tiga ketul dah abis, buah potong dah pun lama habis, air dah dua tiga kali tambah...eik...nothing wrong lah kalau menguap ke, main game kat handphone ke, kalau yang ada PDA tu check e-mail lah, text messages la, balas e-mail atau check calender. Keluar masuk, keluar masuk bilik air tu biasa lah. Yang eik! tiba-tiba hilang pun ada dan dah hujung-hujung meeting baru nampak.

Eh that's normal mann...tindakan yang tak menyalahi undang-undang. Namun begitu, ia memang menyalahi etika bermesyuarat!

So pada sape-sape yang memang kaki kena pi meeting, keep up your good job...pandai cari alasan nak lari dari mode kena layan si pengerusi bercakap dan/atau melayan setengah-setengah orang punya small-matter issues! Yang patut selesai sendiri i.e small matter issues atau melayunya isu remeh temeh tu ........ tolonglah.....selesaikan lah sendiri tak payah lah bawak dalam meeting.........cos it's a waste of other people's time and intelligence!

Thursday, June 18, 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang...

Usia remaja telah lama kutinggalkan bukan kerana hendak ditinggalkan tetapi itulah kitaran hidup yang setiap insan perlu lalui. Sekiranya diberikan pilihan, mungkin ramai yang memilih untuk kekal berada dalam zaman remaja. Kukira kalau diberi pilihan yang sama, pilihan aku adalah untuk kembali ke zaman itu, tapi dengan satu tujuan untuk undo all the mistakes that I've done. Tapi sayang...kitaran hidup telah ditetapkan oleh NYA yang Maha Esa. Itu sememangnya tak mungkin. Cuma doa kupanjatkan semoga Allah meredhai perjalanan hidup ini sehingga akhir hayatku!

Kalau dah teringat cerita dan kenanga lama, teringat jugaklah kawan-kawan lama atau sape-sape yang pernah kita suka, admire dan "macam-macam" lagilah...... Kadang kala dalam keadaan yang tension menghadapi kerja office yang tak abis-abis....kenangan yang manis tu could somehow helps in releasing tensions, stress and make our mood, better in some ways! Kenangan yang pahit itu diingati untuk mensyukuri apa yang dikurniakanNya pada kita kini.

Memanglah... tiada yang abadi, yang patah tumbuh dan yang hilang berganti. Yang ditinggal dan meninggalkan kita sama ada berpisah hidup atau mati diabadikan saja dalam hati dan sanubari kita. Memang ada kala terasa eih, rinnnndunyaaaa....rin.....du sangat... tapi anggapkan ajelah ia mainan perasaan dan tak perlu dihidupkan walaupun memang sukar.

Kita manusia hidup atas permukaan bumi ni pun sebagai hamba...hamba pada Allah yang satu-satunya abadi! Namun itu pun kadang kala dilupakan ... sering dilupakan!

Wednesday, June 17, 2009

Maryam dah 2 tahun!


Masa berlalu dengan begitu pantas. Betullah orang-orang tua sering berkata, masa untuk orang yang dah "berumur"ni selalunya berlalu dengan pantas...

Tup...tup Maryam Kamilia dah 2 tahun! Masih segar diingatan... aku terbaring di katil SMC Shah Alam menunggu untuk dibedah. Masih teringat dengan jelas muka-muka ber"mask" melayan aku tatkala Dr. Siti Esah membelah isi perutku untuk mengeluar anak yang kukandung selama sembilan bulan tak kutahu lelaki atau perempuan... teringat kata-kata Dr. Siti, "Azidah... anak Azidah comellll...". Dan paling ingat sakitnya selepasa dioperasi itu!

Walau apapun, SELAMAT ULANG TAHUN, SAYANG....Mama doakan Maryam menjadi anak yang solehah, beriman dan bertaqwa.
Betullah...masa kurasakan begitu pantas berlalu. Izzat dah masuk 11 tahun, Haziq dah 8 tahun dan Luqman nak masuk 7 tahun. Everything has changed and will go on changing! Muka yang dulu halus mulus ... dah nampak kedut here and there! Uban ...? well so far anak-anak bujang ku dah pandai buat duit dengan mengambil upah cabut uban Mama mereka. Botak...? Ye.. kalau diteruskan kontrak upah cabut uban tu, tak lama memang botaklah Mama mereka!

Tulang... kuat lagi...masih mampu menjalani kehidupan dengan berkat dan keredhaanNya...masih mampu melayan suami dan anak-anak yang memerlukan kita sebagai sandaran kasih dan sayang mereka. Aku bersyukur.....Bersyukur sangat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...