Monday, March 15, 2010

Selamat Hari jadi, Haziq!

Pada tanggal 13 Mac, 9 tahun yang lalu, (tahun Jepun Heisei 13), Haziq Fiztri bin Jafri dilahirkan di sebuah Hospital Kerajaan Showa atau Koritsu Showa Byoin terletak di suatu bandar kecil, Kodaira-shi di Tokyo, Jepun. Nama Showa diambil sempena nama gelaran Maharaja Hirohito yang menduduki takhta diraja Jepun dari tahun 1926 hingga tahun 1989 Jepun yang juga dikenali sebagai era Shōwa (Keamanan Berihsan).

Haziq was so cute x3...comel dan montel. Mana tak montel, berat sewaktu dilahirkan adalah 3.75 kg.


Kini Haziq dah darjah 3 di Sekolah Ibn Khaldun...dah besar dah pun tapi masih kuat merajuk!  Sebelum 9 tahun, Haziq dah selamat bersunat.  Senang betul nak jaga dia masa sunat, buka t.v  dan bagi komik .... selesai !  Memang paling Haziq  suka buat waktu lapang,  baca mangga Doraemon dan Sinchan atau apa-apa saje mangga yang ada dalam rumah dan di pasaran. Cita-citanya, kalau tanya di rumah nak jadi (macam Mama suruh....) "Doktor" tapi bila di sekolah, nak jadi "Ustaz"!  Takpelah....asalkan jadi anak yang soleh, beriman dan beilmu, Syukur Alhamdulillah!



Gambar wajah haziq...

Pagi harijadinya itu, aku berkata pada haziq, tak nak ucapkan terima kasih pada Mama ke.... nape, tanya haziq terpinga-pinga, aku menjawab selamba, "sebab melahirkan Haziq!".  Tanpa ku duga, Haziq terus berbisik kepadaku, "Terima kasih, Mama kerana melahirkan Haziq! "
 Hmm....itu satu hadiah yang paling bermakna buat diriku.....

Omedetou Tanjyobi, Haziqiu Kun!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...