Wednesday, December 28, 2011

Apakah harta yang disayangi atau anaknya

Kisah malam hari Selasa (26 Disember 2011) begitu menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kami sekeluarga....InsyaAllah.

Kisah bermula apabila sepupu suami, Ruby kehilangan dompet yang mengandungi wang, KP, Lesen memandu dan kunci kereta.  Sedang menunggu pembuat kunci (kunci "spare" pun dah hilang sebelum itu) membuatkan replika kunci kereta proton wira Ruby, kami dikejutkan dengan kejadian yang tak "berapa suka" ditonton.  Kereta BMW terkunci dan anak berumur sekitar setahun setengah di dalam sedang tidur (betul-betul nyenyak) dengan engine and air-cond on... Pemandu merupakan ibu kepada anak yang terkunci masih muda kelihatan panik apabila anak tidak mahu bangun supaya dapat membuka kunci kereta dari dalam kereta...

Setelah 15-20 minit orang ramai menolong mengerak-gerakkan kereta, menepuk-nepuk kaca tingkap dari semua arah, ada yang menjerit dan memekik nama anak itu supaya bangun dari tidur, hon dibunyi dari pelbagai jenis kereta hingga lori simen, namun tak berhasil.  Orang ramai mendesak agar si ibu memecahkan cermin namun dari arahan suaminya... yang dikatakan berada di luar negara, "jangan" tapi "tunggu aje spare kunci".... aik apa kes ni?

Dah masuk 1/2 jam orang ramai makin ramai yang mengerumuni kereta BMW.  Tetapi sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan tempat kejadian itu tapi tak lengganglah tempat tu sebab digantikan pula dengan orang lain yang simpati dengan nasib  yang menimpa ibu muda dan anak kecil itu.  Nasihat dari pelbagai orang Melayu, Cina dan India (ini baru 1 Malaysia) supaya si ibu memecahkan saja cermin tingkap belakang namun si ibu tetap mahu menunggu abangnya yang dikatakan akan mengahantar kunci spare BMW.....Si ibu yang sememangnya nampak panik masih menaruh harapan pada kunci spare yang "on the way..." entah dari mana tak ku tanya, tapi selepas 1/2 jam pun tak sampai-sampai kunci spare.  Orang ramai yang ada apabila melihatkan sikap si ibu yang lebih sayangkan BMW itu dari nyawa anak, ramai yang beredar tapi diganti dengan orang lain yang simpati.....

Setelah hampir sejam....anak kecil itu tersedar dari tidurnya yang nyenyak dan si ibu lantas menyuruh si anak itu membuka kunci kereta....drama hampir sejam itu tamat dengan anak dan ibu berdakapan.....orang ramai pun bersurai....

Entahlah ....kalau aku berada dalam situasi si ibu apa yang akan ku lakukan....pecahkan cermin tingkap (yang kalau nak ganti harga boleh mencecah RM10K....atau biarkan sehingga kunci spare datang (itupun kalau ada...kalau tak de...?) atau tukang buka pintu datang.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...