Monday, January 9, 2012

2012...merubah kehidupan

"Ahli al-Qur'an" sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Majah adalah golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ
Ertinya: “Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.” (HR. Ibn Majah)

Alhamdulillah anak-anak telah selamat menjalani pra kelayaka untuk memasuki Maahad Tahfiz Al-Quran Al- Islah (MTQI).  Alhamdulillah pendaftaran telah selesai semalam hari Ahad, 8 Januari 2012 yang bermula di MTQI di Seksyen 7, Shah Alam sehingga sebelah petangnya dihantar untuk pendaftaran penempatan di Desa Pinggiran Putra.  Kini Haziq dan adiknya, Luqman mula menjalani hidup di taman kalamullah...berjuang untuk mencapai objektif menjadi ahli al-'Quran...Ya Allah terangilah hati anak-anakku, kuatkanlah ingatan mereka, teguhkanlah semangat dan tidak putus beristiqomah menghafal ayat-ayatMu....semoga Haziq dan Luqman terpilih antara hamba-hambuMu sebagai Ahli al-'Quran!

Haziq dan Luqman.....


Semoga mereka beroleh kemenangan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...