Wednesday, January 11, 2012

Hijrah Izzat 2012

Akhirnya kami memilih Institut Pintar Tahfiz Darul Fuqaha untuk Izzat meneruskan pengajiannya.  Selain dari pengajian akademik, hafazan juga sama ditekankan.  Dari jadual harian, memang penuh dan terisi, sesuailah dengan misi dan visi Darul Fuqaha.  Mula-mula bila tengok jadual nampak terlalu padat bermula jam 4 pagi berterusan dengan program akademik dan hafazan sehingga tidur jam 10 malam setiap hari itulah rutin bagi anak-anak tahfiz Darul Fuqaha.  Namun bila difikir-fikirkan, mungkin yang terbaik bagi Izzat dalam meniti usia remaja biarlah Izzat melayari kehidupannya dipenuhi dengan bimbingan agama dan asuhan kerohanian paling mantap sebelum menjejaki gerbang materialis dalam era globalisasi bila dewasa kelak (yang tinggal beberapa tahun saja lagi).

asrama Izzat...tempat berehat dan beradu, semoga anakku sentiasa dilindungi Allah...“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Nisa’: 100)
Pada 10 Januari 2012 merupakan hari pendaftaran persekolahan dan kami mengambil cuti untuk menghantar Izzat  ke tempat baru.  Perasaaan kami bercampur-campur dan secara khusus, tak boleh nak dinyatakan dengan perkataan.  Setelah kami membayar yuran persekolahan dan asrama, semua ibu bapa pelajar baru diberikan taklimat dan seterusnya kami di bawa ke asrama.  Di asrama, kami membantu Izzat mengemaskan almari dan tempat tidurnya.  Waktu ini, sayu hatiku melihat Izzat tapi Izzat tetap maintain...seperti biasa tak banyak cakap, tak ada komplen dan mimik muka yang biasa sahaja.  Namun ada yang menggembirakan kami kerana asrama baru dah siap bertempat di tingkat atas dalam bangunan Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Darul Fuqaha.  Apa yang kami harapkan, semoga Izzat selesa di tempat barunya itu.....dan moga "Hijrah Izzat" akan mendewasa dan mematangkan dirinya dan seterusnya berwibawa menjadi seorang mukmin yang beriman dan bertaqwa di sisi Allah s.w.t.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya mohon bertanya anak puan masih bersekolah di SRIP ke? Bagaimana prestasi akademinya di sana?dan anak-anak yang lain.... sedang survey sekolah utk anak. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...