Sunday, October 4, 2009

Tinggallah Ramadhan Datangnya Syawal!

Berpuasa di Bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan. Aku seperti insan-insan lain di dunia, telah menjalani ibadah berpuasa sebaik mungkin. Namun yang ku paling terkilan adalah terpaksa menggantikan dua belas (12) hari berpuasa kerana ABC (Allah Beri Cuti)! Kadangkala frust pun ada...kenapalah ABC pada saat-saat aku terlalu ingin beribadah di bulan Ramadhan yang hanya sekali dalam setahun! Kekadang terpikir-pikir kenapa ABC aku tu lama no....lama sehingga mengacau fikiranku. TAPI itulah manusia sering mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan Kita tidak seharusnya mempersoalkan apa yang ditetapkan olehNya...perlu hanya menerima hakikat ketentuanNya. Ada hikmah segala apa yang ditetapkan olehNya dan itulah kita sebagai manusia ciptaanNya sering lupa!

Ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun lalu memang ABC ku lama. Tapi tahun ini paling lama! Anak-anak sering bertanya, Mama dah boleh puasa. kalau aku tidak menjawab dan mencebekkan mulut tu fahamlah mereka, mama mereka masih dalam tempoh ABC! Namun demikian setiap hari aku berdua' agar puasa dan ibadatku akan diterimaNya!

Syawal sudahpun hampir ke penghujung.... bagi meraikan datangnya bulan Syawal, kusediakan baju-baju raya untuk anak-anak, suami, diriku dan juga pembantu rumahku! Berbalang-balang kuih raya kutempah dari Cikgu sekolah anak-anak. Kemeriahan kurang dirasakan tahun ini kerana satu, banyak sangat ABC ku, kedua, kakak dan keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu tidak balik ke Shah Alam untuk beraya!. Apa-apa pun, Kutunggu Ramadhan tahun hadapan dan berdua' agar diberikan dengan yang lebih baik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...