Wednesday, June 20, 2012

Sekarang dah berdua...

Pada hari Sabtu, 16 Jun 2012 yang lalu, anak saudaraku Mohd Nor yang pertama telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Lin.  Sama muda dan sama cantik....walaupun yang lelaki berkulit hitam manis dan yang perempuan berkulit putih kemerah-merahan.  Sedih lah pulak makcik-makcik dan pakcik-pakciknya, (juga sepupu-sepupu yang hadir kecuali yang kecil-kecil) sewaktu Mohd Nor selesai diijabkabulkan...ngalahkan mama pengantin....memasing sedih dan terharu....mungkin umur dan kematangan kami menyebabkan kami senang terasa sebak kerana lebih menghargai apa yang berlaku.

Lama juga aku dan Mohd Nor tinggal sebumbung...aku dan kakak sama-sama tukarkan lampin, bancuhkan susu, dodoikan tidur dan melayan si kecil yang memang tak banyak karenah.  Kami semua sayangkannya....dari kecil hingga dewasa di depan mata....tak sangka cepat sungguh takdir menentukan Mohd Nor baru mencecah 23 tahun dahpun menikah dan kini berdua!

Selamat Pengantin Baru, Mohd Nor dan Lin...semoga perkahwinan kalian kekal abadi dan sentiasa di dalam rahmat dan redhaNya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...