Wednesday, August 22, 2012

Berlalunya Ramadhan...Tibalah Syawal

Sebulan berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, terasa sedikit benar ganjaran yang ditabungan...ntah-ntah tak de tapi kita diminta mengharap agar ALLAH menerima segala ibadah kita.

Usai berbuka untuk puasa terakhir Hijrah 1433 anak-anak sibuk minta bermain mercun.  Abang ipar membawa bekalan mercun dari Pahang bukan sikit-sikit mercun tapi nampaknya satu malam main tak habis.  Seronok melihat anak-anak seronok bergelak ketawa bermain mercun bersama sepupu-sepupu yang dah lama tek berjumpa.  Kami yang "umur terlampau" ni hanya menumpang seronok saja lah.

Anak-anak tahfiz ku benar-benar cuti raya sakannnn....dan bagi Maryam, kali pertama memegang dan bermain bunga api...khusyuk bermain tak ingat penat dan mengantuk...Walhal sebelum khabar berita mercun tu, kami sekeluarga bercadang ke Masjid Negeri untuk berjemaah isyak dan bertakbir....tapi agenda tetiba bertukar bila mendengar anak-anak nak bermain mercun...sedih jugak dirasakan kerana baru semalam yang lalu, mendengar ceramah mengenai amalan utama mengagungkan ALLAH dimalam tibanya Syawal...

Mungkin tahun hadapan...itupun InsyaAllah kalau kita sempat mengecapi Ramadhan lagi pada tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...