Monday, June 29, 2009

Anakku, LUQMAN


Pagi tadi, sebaik sahaja aku hendak melangkah ke kereta untuk ke ofis, Luqman mencuitku dan menerangkan bahawa dia lupa ada homework yang perlu disiapkan tapi terlupa sebab tertidur malam sebelumnya! Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih aku berjanji padanya, "takpelah nanti balik ofis Mama tolong siapkan!" Riak wajahnya tidak ceria seperti biasa. Aku tahu dia cuak kerana kerja sekolahnya tidak siap dan perlu berhadapan dengan guru Englishnya yang katanya, suka pegang pembaris panjannnnnnnnnng!

Setiap kali melihat dia membuat kerja-keja sekolah hatiku tersentuh. Kesungguhan Luqman untuk membereskan kerja-kerja sekolahnya memang kukagumi. Dari tiga anak lelaki yang dianugerahkanNYa pada kami suami isteri, Luqman paling cerdik, bukan sahaja suka bertanya tetapi soalan yang ditanya bukan calang-calang! Umpamanya, semasa melintasi tol, dia bertanya apakala melihat teksi dibelakang kereta kami, tol siapa yang bayar pemandu teksi ke atau penumpang teksi? kadang-kadang lawak pun ada, agaknya sebab Luqman selalu overheard aku bercakap dengan bosku bergelaran "Dato", dia bertanya, kenapa bos mama panggil datok?. Sebaik sahaja dia bisa bertutur, tak henti-henti bertanya sehinggakan ada kalanya aku menyuruhnya berhenti bercakap. Tak hairanlah apa bila ujian IQ Luqman memang above-average. Tapi sejak dia mula ke sekolah menduduki darjah satu, pembacaan dan penulisannya semakin teruk sehinggalah dia tidak akan membaca apabila disuruh mahuhpun dipukul! Mulultnya seperti digam, ntah mengapa.


Kalau tulisannya...kalau tak terbalik tak sah. Pada permulaannya kami cool lagi fikirkan, dia banyak main....sehinggalah kami dapati tulisnannya kebanyakkannya terbalik termasuk jawi! Mula-mula ku pukul juga tetapi ntah mengapa setelah melayari internet...kami jumpa jawapannya!

"Mama, kerja sekolah Teacher Maarof kena siap! Tolonglah ... yang ini nak isi apa" kata Luqman bagai merayu aku membantunya menghabiskan kerja-kerja sekolah.

Aku tahu dia sedar kelemahannya kerana masih tidak mampu membaca apatah lagi membaca dalam bahasa English....menulis lemah sekali. Itulah anakku Luqman yang dilahirkan dengan DYSLEXIA. Luqman disahkan menghadapi kepayahan dalam pembelajarannya kerana dyslexia, setelah satu ujian penilaian dibuat ke atasnya. Frustrated sangat dengan keputusan itu....Kami sebagai ibu dan bapanya hanya mampu berikhtiar menghantar Luqman ke kelas tambahan di Persatuan Dyslexia Malaysia dan terus berdoa agar Luqman akan normal semula seperti orang-orang yang lain! Tapi tak mungkin dia tidak akan menjadi seorang yang berjaya seperti Bill Gates atau Thomas Edison....... atau akan handsome macam Tom Cruise!?

Kalau hendak tahu mengenai dyslexia sila ke www.dyslexia.com

2 comments:

  1. All children are looking beautiful, with innocent face.

    Savita

    Cash Online Get Easy cash at your door step

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... ada persamaan kisah luqman dgn anak sy. Umurnya 7thn.Cuma belum dptkan diagnosis dr doc.tlg bg panduan pada saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...