Thursday, May 19, 2011

Haziq dah Sembilan Tahun!

Entri sepatutnya dikeluarkan pada 13 Mac 2010


Pada tanggal 13 bulan Mac tahun 2001 yang lalu (Tahun Jepun Heisei 13) kira-kira jam 5:25 pagi, Haziq Fiztri Bin Jafri telah dilahirkan di Koritsu Showa Byoin (Showa Public Hospital), Kodaira-Shi di bandar Tokyo dalam negara .  Comel dan montel sekali.  Berat Haziq sewaktu dilahirkan 3.75kg....mana tak montel?

HAPPY  BIRHDAY, HAZIQ
Moga berjaya dunia wal akhirat......menjadi insan yang disayangi Allah!

Wednesday, May 18, 2011

Anakku ... Emakku

banner ucapan Selamat hari Ibu yang digantung dihadapan Tadika Maryam...cantik dan menarik

"tanda tangan" Maryam, terharu bila melihatnya

Kata Maryam padaku, Mama...nak peluk Mama....

Di dalam kereta pulang dari tadika, Maryam menyuruhku pusing semula untuk melihat gambar "tangannya".  Aku kehairanan...tanpa bertanya.  Maryam meminta lagi supaya pusing semula ke tadikanya untuk melihat gambar "tanggannya"....aku terus tukar cerita supaya Maryam akan lupa dengan cerita "tangannya"....

Keesokkan petang apabila melihat banner ucapan Selamat hari Ibu dan melihat tapak-tapak tangan anak-anak di tadika Dzuliman...baru kufahami, Maryam meminta aku melihat "tangannya".....Aku terharu....benar-benar terharu.....kenapa ye....

Bagi ibuku...FARIDAH BINTI ABU BAKAR...




Mak, "Selamat Hari Ibu", "Selamat Hari Jadi" dan "Selamat Hari Guru" ...pengorbanan mak begitu berharga dan bernilai tiada tandingannya dan begitu berharga....

Mak bersama dengan orang paling disayangi, Abah....

Inilah mak saya....posing sakan semasa musim bunga di Jepun.....

Wednesday, May 4, 2011

Maryam's Ist Day of School at Dzuliman

Maryam was in a very cheerful mood, my daughter is going to school...


Maryam was very excited....my daughter is going to school at 3!!!

Maryam a real pro....she can easily adapt with her whole new world .....My daughter is in school already!!

Maryam and friends reciting the dua' makan......my daughter is in school already!!
Entri sepatutnya dikeluarkan Januari lagi tapi masa itu belum timbul keinginan atau minat untuk menceritakan tentang Maryam's first day of school at Dzuliman...

Setelah lima bulan Maryam bersekolah di Tadikan Dzuliman, impian melihat anak perempuan tunggal membaca pada usia seawal 4 tahun nampaknya akan menjadi kenyataan....Maryam dah boleh baca 2 suku kata a - g.....Bukan itu saja, kami teruja melihat kemampuannya untuk mendendangkan apa saja lagu in Malay or Arabic...English nampaknya kurang tapi adalah kedengarannya like London Bridge.... paling seronok mendengar Maryam recite the Al-Fatihah...excellent....surah An-nas jugak!  Wow .....my daughter going to be 4 dah pandai solat lengkap dengan bacaan-bacaannya sekali, Thanks to Dzuliman, Bukit Rimau....

Wednesday, March 16, 2011

Gempa Bumi Melanda Negara Matahari Terbit

11 Mac merupakan tarikh ulang tahun kelahiran adik ku, Bebu yang sedang belajar di negara matahari terbit, Jepun.....  Seawal 1:00 pagi aku telah mengucapkan Happy Birthday kepada Bebu di facebook.  Selalunya dia akan menalifon mak dan abah serta kakak-kakaknya setiap kali tiba 11 Mac.  Kalau tak pagi, petanglah... kalau tidak pun pada waktu malam selain bertanya khabar, menceritakan bagaimana dia meraikan hari yang bahagia itu.  Tapi hari itu tiada panggilan untuk mak dan abah....atau untuk kami.

Jam 3:11 petang kakak di KK menalifonku dan memaklumkan padaku tentang gempa bumi telah berlaku di Tokyo....kakak memang panik...talifon pula Mak, dah agak dah....terisak-isak menangis mengenangkan nasib Bebu.....aku masih boleh bertahan "maintain cool"...sebab aku pernah bermaustatin di bumi Jepun beberapa tahun dan "dah biasa" dengan gegaran-gegaran ni...aku cuma kata, rilex kak...if its Japan, its save... 8.9 mag I think they are still OK....I think he's fine...I'm convinced he's safe and sound...trust me"  itulah kata-kataku menyakinkan kakak dan Mak supaya jangan terlalu risau.

I started browsing the internet to get details of the disaster that hit Japan....hm...tsunami? 20 metres emm... aku browse lagi dan lagi.....untuk mendapatkan cerita lanjut kalau tengok gambar-gambar mengerikan patutlah mak dan kakak panik...mereka dah tengok dari Al-Jazeerah, CNN video tsunami .  Aaah, ini dah lain macam... risau dah mula menghantui fikiran, aku terus telefon wisma putra meminta sedikit maklumat tetapi tiada apa-apa maklunat yang boleh diberikan cuma mereka bertanyakan nama dan universiti adik.....

Tangisan Mak berpanjangan begitu juga kakak masih panik...ini gara-gara live telecast Al-Jazeerah dan CNN.... aku masih di ofis....sekejap buat kerja sekejap melayang-layang ke alam siber....

......" 8.9-magnitude earthquake with an epicentre about 400km northeast of Tokyo hit Japan at 1:46pm Malaysian time (2:46pm Japan time) on 11 March 2011. A series of tsunami had also hit the north eastern coast of Japan."
 
Ikut kata Mak, Bebu sedang berjalan-jalan di Tokyo...itulah yang aku risau kalau dia ada di Niigata mungkin tak datang risau aku tu...

Jam 8 malam mak talifon katanya Bebu dah call...aaah legaa.....





 Tapi paling aku tertarik dengan orang-orang Jepun ni...displin masih beratur nak dapatkan bekalan air, gas dan makan .....

 kasut pun masih boleh bersusun.....kalau orang Malaysia? Anda boleh?
Sekarang apa yang merisaukan adalah masalah radiasi dari loji tenaga nuklear di Fukushima-Daichi...even if its under control tapi until when?  Dan Bebu masih tidak dapat pulang ke Malaysia......

Thursday, February 3, 2011

Cuti panjang.....2011

Tau...tau dah 2011...umur makin meningkat...anak-anak dah lebih ragam dan kerenah.  Izzat tetap macam tu...manja anak pertama.....Haziq dah pandai merajuk panjang....Luqman pula asyek merenggek kalau tak dapat  apa yang dia mahu. Maryam pulak dah pandai ambil hati Mamanya....anak perempuan......!

Hari ini hari Raya Cina...Kong Xi Faa Chai.....Tahun arnab tahunmurah rezeki...hehehe.....pada orang Cina lah....tapi b agi kami hari-hari pun hari  murah rezeki......

Ok..my son's favourite  song....

Wednesday, February 2, 2011

MAHER ZAIN - Konsert 2011

Add caption
Maher Zain akan mengadakan konsert keduanya di Malaysia 2011 pada 25 dan 26 Februari 2011 di Shah Alam.   Haziq "peminat terlampau" Maher Zain dok usha-usha kami untuk membeli tiket konsert, katanya, Jomlah Mama pegi .......nak tengok wajah sebenar Maher Zain!

Kami sedang memproses permohonan anak kami tu.....belum ada keputusan.  Tapi kalau tengok harga tiket WOW.....Harga tiket dijual RM297, RM253 , RM203 , RM103  dan  RM53..... yang paling murah tu dah tentu di ceruk-ceruk.....


Idola Haziq...minat sangat pada Maher Zain....
Tapi apa pun ini lirik INSYAALLAH versi Melayu:


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]



HARGA MINYAK NAIK LAGI.....

azlan 



Harga Minyak RON97 naikkkkkk.......begitulah naiknya darah aku pabila mengetahui berita itu......!

Monday, January 31, 2011

Begitulah...

Hampir setiap bila menidurkan anakku Luqman dan Maryam....zikrullah tidakkan lekang dari bibir...

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
 

Tubna ilaLLah..waroja'na ilaLLah...wanadamna ala fa'alna...
(Aku bertaubat padaMu...kami akan kembali kepadaMu...Kami menyesal akan perbuatan-perbuatan kami....



Ya Allah...jadikanlah anak-anakku golongan orang yang bertaqwa, beriman dan berilmu di jalanMU...






Doa dari surah al-saffat


As-saffat ayat 100 mafhumnya "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"


Sebelum melelapkan mata Luqman akan membacakan dua' tidur lengkap di alam dwi bahasa Arab dan Melayu.  Sayu kufikirkan....anak-anak ini umpama kain putih yang dicorakkan oleh orang yang membesarkannya....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi kalau direnung perpatah orang Melayu....‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’...kalau diamati kata-kata itu sebelum dilahirkan lagi ibu dan bapa yang sudah bertanggungjawab untuk mengacukan insan yang bakal dilahirkan itu....

Teringat kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.....

Maknanya,  sedari awal pembentukan seorang insan di dalam rahim ibunya,  ibu bapanya harus mula memantapkan diri mereka dengan keimanan dan taqwa yang juga akan menjadi bekalan keruhanian pada insan yang akan dilahirkan itu.......sebab itu digalakkan mengamalkan doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya, membaca Al-Quran dan melakukan solat-solat hajat dan berqiamulaill.

Izzat - "Kemuliaan"

Haziq - "Cerdik"

Luqman - "Bijaksana"

Maryam - sempena nama "Bonda Nabi Isa A.S yang suci"
"MARYAM, IBU NABI ISA A.S... MENJADI CONTOH TELADAN WANITA BERIMAN YANG  BERKORBAN DALAM PERIBADATAN. MARYAM.... NAMANYA YANG INDAH TERMAKTUB DALAM AL-QURAN"
Aku bagaimana?  Suami pula.....?  Apabila disahkan mengandung....dan kemudian melahirkan....Izzat...waktu itu aku masih muda dan baru mengenal alam perkahwinan....mungkin waktu itu sibuk menyesuaikan diri sebagai seorang isteri ....tarbiah diri juga kurang....Kemudian dengan anak-anak seterusnya, ilmu bertambah sedikit demi sedikit.  Sememangnya takkan sehebat cerita Iman Abu Hanifah.  Namun  secetek manapun ilmu di dada diriku dan suami dalam bab-bab agama, kami bertekad untuk membesarkan anak dengan ilmu agama.  Islam adalah 1st priority kami dalam mendidik anak-anak dan untuk itu tiada kompromasi!

Sejak Izzat masih dalam kandungan, kami suami isteri bagai berpakat tanpa menzahirkannaya....Anak-anak kami akan dibesarkan dengan Islam sepenuhnya.  Lahirnya Izzat ditangan doktor wanita Islam yang mengingatkan aku untuk membanyakkan berzikir dari mengeluh. Pusat perubatannya pula sentiasa bergema dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran.  Pembantu-pembantu hospital pula sering mengingatku pada Allah.  Bgi Haziq dan Luqman, mereka dilahirkan dalam suasana yang jauh berbeza dari apa yang dilaluiku semasa kelahiran Izzat kerana waktu itu kami di Jepun.  Tapi kami sedaya upaya membentuk suasana supaya anak tetap disambut dalam suasana Islam.

Kami sedar, membentuk anak-anak kami sebagai seorang Muslin sejati bukan hanya dengan menghantarnya mengaji dan ke sekolah KAFA....  kerana iman dan taqwa perlu ditanam dengan persekeliling yang islamic tanpa pendedahan yang terlalu materailstik dan bersifat duniawi semata. Justeru itu kami mencari-cari  sekolah yang sesuai dan termampu agar anak-anak mendapat pendidikan Islam yang sempurna.    Kami mengharapkan keredhoan Allah dengan usaha kami itu.  Kami sentiasa berdoa agar Allah akan menjadikan anak-anak kami itu sebahagian dari umatnya yang beriman, bertaqwa, soleh dan solehah.


Haziq dan Luqman sewaktu belajar di tadika...Pembelajaran Awal Mengenal Allah!


Haziq yang baru melangkah ke alam persekolahan, bersama abangnya, Izzatyang dah jadi senior di sekolah...



Luqman di hari pertama persekolahan....segaknya anak mama....
Setiap hari bila dibelek akhbar harian, kami jadi takut...ngeri dengan keadaan persekitaran masalah sosial yang terlampau...nama saja negara Islam..majoriti penduduk Islam, Pelembangaan Negara yang menjamin Islam sebagai agama rasmi tetapi ternyata orang kafir di negara ini lebih baik sifat dan akhlaknya dari orang yang beragama Islam.   Kami gentar sekiranya akar umbinya iaitu iman tidak ditanam dalam sanubari anak-anak sedari kecil, target kami untuk menjadikan anak-anak kami Muslim sejati takkan kesampaian.....

Kemesraan seorang abang dengan adiknya.......kasih sayang yang abadi...

Doaku ...biarlah kemesraan ini berkekalan...Izzat harus menjadi pembimbing dan pelindung kepada adik-adiknya....khusus adiknya Maryam!


Thursday, December 9, 2010

Cerita Harga Minyak Naik.....

Petang Jumaat 3 hb Disember,,,ada orang dah sound minyak RON 95 akan naik...rasa-rasa tidak...rasa-rasa bukan RON95 mungkin kalau naik pun RON97...sebabnya.....Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kan dah kata harga minyak RON95 akan kekal sepanjang tahun ini......ciss...

Balik rumah, buka TV...berita jam 8 lama...confirm RON 95 naik 5 sen. Terkejut pun ... marah pun tak...cuma ada sikit rasa nak tergelak..... Kenaikkan 5 sen dari harga asal rm1.85 sen kepada harga baru rm1.90 sen dan kata menteri di Jabatan Perdana Menteri tu kenaikkan ini tidak membebankan rakyat......

Meh nak cerita beban tak beban....baru ku tahu gula dah naik.....seluar dan baju sekolah pun dah naik...serba serbi naik...apa aje yang tak naik....baru kurasai sungutan rakyat yang lain sehingga semalam memegang wang kertas 50.00 untuk ke pasar malam serba serbi naik....minyak pun naik kak....gitulah komen seorang penjual sayur bila kukata eh kenapa dah naik harga... dan yang kekal harganya pun nipis no ikatan sayurnya itu.......

Hm....Naik jangan tak naik kalau boleh kasi naik laggikkk......

Friday, December 3, 2010

Cerita hadiah Luqman

Seawal pagi 23 Oktober 2010, Luqman telah mengingatkanku tentang janji  ... hadiah hari jadi .... jam kalis air.  Beli jugaklah jam tu  hahaha...di Mydin! Luqman kata nak jam kalis air, ada lampu boleh tengok jam tengah malam, boleh kena air laut dan boleh pakai semasa berenang....hoohoo...itu kena tunggu father krismaslah jawabnya....Tapi uncle kaunter jam kat Mydin tu kata pada Luqman....budak-budak pakai jam kalis air biasa saja boleh pakai ambil wudhuk tak payah tanggal.....senang pulak memujuknya...terus Luqman kata OK dan kami pun bayar.....sejak itu tidur pun bertemankan jam! That's my son Luqman Hadhri....
ingat orang takutlah tu.....

Friday, October 22, 2010

Esok Birthday Luqman


Esok, 23 Oktober, harijadi Luqman yang ke -8.  Luqman dah cakap nak jam tangan untuk hadiah hari jadinya.  Jam tangan water reisistent dan tahan lama....mendalam maknanya tu.....kalau gunakan golden rule interpretation maknanya Luqman is trying to tell me that " hadiahkanlah yang mahal punyalah janganlah mama beli yang chokia-chokia punye pulak!"  Hmm...sometimes I know how his mind works...kalau tidak bukanlah mama yang melahirkan....

Oklay esokingatkan nak cari kat Mydin...Oppss...kat kedai jam kat Maju Junction....ke atau SACC Mall ke...tak tahu tengok keadaan!


LUQMAN di Majlis Konvokesyen Tadika Tarbawi...segak sungguh....

 
LUQMAN semasa 6 tahun......dah grad dah.....

Thursday, May 6, 2010

BILALAH NAK SIAP......?

Rumah sebelum renovation


Ubahsuai rumah kami dah bermula dari awal bulan 12 sebab kami nak rumah disiapkan awal tahun at least bulan Februari! Hmmm...tapi sehingga kini rumah tak siap-siap! Rumah berdebu dengan abuk... tak tahan betullah .... kekadang sakit mata jugaklah sebab tengok rumah berselarak...tak rupa rumah. Kontraktor kata bulan ni boleh siap TAPI .....takut-takut majlis menyambut menantu yang dijadualkan dibuat di rumah kami pada tanggal 13 Jun akan datang, tak kesampaian! Macam mana ni...dah dihebahkan kenduri 13 Jun....hm, kene tangguhlah tu...tapi fikirkan Izzat periksa upsr bulan September, bila lagi masa yang sesuai?

Kontraktor kejenya tak excellent tapi boooleh tahan je...pekerja tak ramai...balik-balik mandor tu je yag datang buat keje...mana budak-budak keje yang lain? Jawabnya balik kampung...ntahlah BILA NAK SIAP NI HOIII.......



...macam kat bumi Palestine pulak!

Monday, March 22, 2010

Nak selsema dan demam, kot!


Kepalaku rasa berat, hidung tersumbat, tekak sakit, badan biasalah sengal-sengal....nak demam kot! Tapi keje kat ofis tak habis lagi....fikirkan kenapalah aku ke Sogo lunch time tadi...dah tahu badan tak sedap. Bercerita fasal SOGO fuyoo...bed spread murah-murah happy hours lagi...tapi tulah Sogo biasalah banyak sale dari tidak! Tapi hari ni aku terjebak lagi ...melayang 50 hengget beli king size fitted sheet aku tulah.... memang perlu beli pun sebab katil dah saiz King....yang ada pun satu baru...dah pakai ada dua ke tiga minggu mesti nak tukar, kan! Bau bachin pulak lah nanti. Kali ni beli yang murah je happy hours dari RM239 diskaun 80% + discount happy hours jadilah RM45.90. Beli ajelah pejam mata....lagi pun dah nak kene beli jugak kan!. Tapi balik ofis ada penin-penin kepala....tekak makin sakit agaknya my high blood pressure lah..........jangan mid 40's crisis sudah!.

Cantiknya kitchen orang tu....yang nak tu adalah Fujihome Cooker Hood Model FX900V .... nak..nak..beli untuk kitchen baru nanti

Monday, March 15, 2010

Selamat Hari jadi, Haziq!

Pada tanggal 13 Mac, 9 tahun yang lalu, (tahun Jepun Heisei 13), Haziq Fiztri bin Jafri dilahirkan di sebuah Hospital Kerajaan Showa atau Koritsu Showa Byoin terletak di suatu bandar kecil, Kodaira-shi di Tokyo, Jepun. Nama Showa diambil sempena nama gelaran Maharaja Hirohito yang menduduki takhta diraja Jepun dari tahun 1926 hingga tahun 1989 Jepun yang juga dikenali sebagai era Shōwa (Keamanan Berihsan).

Haziq was so cute x3...comel dan montel. Mana tak montel, berat sewaktu dilahirkan adalah 3.75 kg.


Kini Haziq dah darjah 3 di Sekolah Ibn Khaldun...dah besar dah pun tapi masih kuat merajuk!  Sebelum 9 tahun, Haziq dah selamat bersunat.  Senang betul nak jaga dia masa sunat, buka t.v  dan bagi komik .... selesai !  Memang paling Haziq  suka buat waktu lapang,  baca mangga Doraemon dan Sinchan atau apa-apa saje mangga yang ada dalam rumah dan di pasaran. Cita-citanya, kalau tanya di rumah nak jadi (macam Mama suruh....) "Doktor" tapi bila di sekolah, nak jadi "Ustaz"!  Takpelah....asalkan jadi anak yang soleh, beriman dan beilmu, Syukur Alhamdulillah!



Gambar wajah haziq...

Pagi harijadinya itu, aku berkata pada haziq, tak nak ucapkan terima kasih pada Mama ke.... nape, tanya haziq terpinga-pinga, aku menjawab selamba, "sebab melahirkan Haziq!".  Tanpa ku duga, Haziq terus berbisik kepadaku, "Terima kasih, Mama kerana melahirkan Haziq! "
 Hmm....itu satu hadiah yang paling bermakna buat diriku.....

Omedetou Tanjyobi, Haziqiu Kun!

Wednesday, March 10, 2010

Ada Orang Dapat Katil Baru!

Pagi sabtu lalu orang Harvey Norman hantar katil baru kami yag ditempah tiga minggu yang lalu. Nothing special pun tapi iyelah katil IKEA kami yang dah berusia sebelas tahun lebih dan dah banyak berjasa tu dah tak bisa menampung berat-berat badan kami yang dah bertambah2 (akulah tu sebab Fida kata BMI aku sipi-sipi obess!)....tambahan pula, anak-anak yang suka sangat join-in tidur dengan kami atas katil tu....



Tulah katil baru kami..gedabak!




Hm...cadar saiz besar, besar jugaklah RMnya!

SAYONARA...rangka katil lama kami. But it's Not for sale.....!



Katil lama ini akan diletakkan di guest room baru kami nanti.

Siap pasang je.....berbunga-bunga hati kami berdua...nak tidur atas katil baru....Hm....iyelah bajet bulan lepas dah beli tilam KING size, kat warehouse Harvey Norman. Tapi bukan aku yang nak... eih, myhubby yang beriya-iya nak tukar gred katil kami, katanya ... selesa sikit tidur ehem..ehem...dengan anak-anak especially Maryam yang masih menyusu. Tapi biasalah hati yang berbunga-bunga tu kan layu jua....belum kami nak merasa first nite dengan katil baru....anak-anak dah occupied dulu...nak angkat mak aiii....myhubby kata susah sebab katil tinggi sangat...habisnya tinggalkan they all kat atas katil baru, aku menyelitlah tapi myhubby tido kat katil anak!




Haha...katil Maryam depan katil kami tapi nampaknye abah dialah yang tido kat situ.

Monday, March 8, 2010

GO JAPAN RM1250



Hubby membawa balik keratan akhbar....GO JAPAN PROMOTION FOR RM1250....Wow...terimbas kembali kenangan semasa mendiami bumi negara matahari terbit. Keindahan sakura, kemakmuran negaranya, kebersihan dan kejujuran penduduknya keunikan alam semulajadinya dan segala kenangan di Nihon sememangnya mengusik jiwa kami....

Oh! we really miss Japan.

Dah ye-ye nak pegi... dua orang baru RM2500, passport RM500.00 ...duduk boleh dikatakan free kat Niigata ada Bebu, kat Tokyo ada Ani kat Hiroshima ada Man....transportation jelah kami kene spend pas tu bawak makanan ala-kadar...nak bawak ole-ole tak byk kos cam serai, daun pandan, daun kari dan yang lain-lain sewaktu dengannya tu. Bila fikirkan lagi nak pergi, terbayanglah wajah-wajah anak-anak ...macam mana? rumah masih dalam construction, kalau adapun arrangements untuk the boys, Baby Maryam cam mane? Hubby kata OK, kita bawak saja anak-anak....RM...RM...RM...mesti dikorbankan...boleh Izzat tengok tempat dia dibesarkan di Tokyo-To dan Hiroshima, kami boleh ke Kodaira-Shi dan melawat Showa Byoin nak lawat tempat haziq dilahirkan.....penghujungnya ke Hiroshima, boleh melawat rumah sewa kami dulu, International House kami menghuni selama setahun sebelum pulang ke Malaysia, and OF COS Kadotani Byoin tempat Luqman dilahirkan.....so Baby Maryam yang masih cannot appreciate the tour boleh tinggal, just bring the boys....TAPI, siapa nak jaga Maryam...lagi pun kesianlahh.....Maryam kena tinggal...! Hm ... tapi yang menjadi halangan utama...NOPE, Aku kata pada Hubby...not now...WE Will Have to Wait IZZAT habis UPSRA dan PSRA....Kalau nak pegi sangat tunggu time yuki...end of the year....

SO...TAK JADIKALAH PEGI BUAT KALI INI....kalau pergi pun tulah end of the year....Tamat sudah kisah Mat dan Minah Jenin yang berangan-angan untuk ke NIHON.......Sayonara package RM1250!

Friday, February 12, 2010

Kejujuran itu Segalanya



Segalanya bermula dari satu sms yang nampak mencurigakan. Nampak sahaja tapi isinya cuma kata-kata yang kufikir diucapkan tanpa niat atau maksud yang mala fide. Perbalahan besar tercetus akibat satu sma yang diterima oleh seorang insan dari seorang insan yang lain, lalu mengheret suasana malam yang hening nan damai, menjadi satu malam yang haru biru!

Hakikatnya : Kejujuran. Kejujuran itu adalah segalanya. Walau diri diuji oleh Nya, diri dipukul ombak tsunami yang membuas, dilanda ribut petir yang menggancang, namun kejujuran itu masih suatu yang perlu dipertahankan. kejujuran yang terbina dari sifat kasih, sayang dan cinta seorang isteri terhadap suaminya itu tak harus goyah walau apa jua ujian yang dipersembahkanNya. Walau luntur sekali pun rasa kasih, sayang dan cinta yang berabad terpahat dihati dan sanubari seorang isteri, namun selagi bergelar isteri, kejujuran tak harus sirna. Berlaku jujur terhadap suami itu suatu amanah dan tanggungjawab seorang isteri. Firman Allah patuhnya isteri terhadap suami tak boleh disanggah...Kasih, sayang dan cinta sesama insan boleh berubah...tapi patuh pada Allah adalah sehingga akhir hayat. Atas dasar itu kejujuran ku jangan dipersoalkan.

Lalu malam itu segalanya terungkai, terungkap persoalan-persoalan yang selama ini menggoncang kalbu hingga mengunggis hati dan kalbu. Bukan lagi kias mengkias tapi kata-kata yang cukup menyernakkan hati tatkala mendangarnya. Cukup! dengan kata-kata itu kufahami apa yang terbuku dihatimu tapi jangan sehingga kata-kata yang diungkapkan itu menjadi racun dalam perhubungan kita.

Monday, January 25, 2010

Akan Ada Penghujungnya


Pagi ini seperti biasa lambat ke ofis. Hubby langsung minta cuti kerana tidak tahan melihat punchcardnya MERAH....Ini gara-gara orang gaji yang balik bercuti kemudian liat nak datang balik! Malas nak memikirkan sama ada orang gaji nak datang balik bekerja atau pun tidak. Fikirkan ambil yang baru ... tapi kalau ambil yang baru perlu lebih banyak ongkosnya! Heeh, malas betul nak fikirkan tentang ini. Tapi berbanding dengan dua tahun yang lalu masa aku hidup tanpa ber"orang gaji", lebih teruk. Masa itu Maryam masih baby, the boys masih belum matang sedikit pun. Segala-galanya ku bereskan semua. Letih gila! Sekarang ni the boys dah pandai sangkut baju sendiri...letak baju kotor dalam bakul baju, pandai bersiap sendiri, dapur pun kurang kecah bila kutiada di rumah. Hm, cuma bila kami nak ke ofis, kena tunggu van anak-anak sampai dulu baru boleh berangkat ke ofis. Itu yang lambat tu!

Tapi esok strategi baru. Letakkan budak-budak di taska Maryam, biar mereka semua tunggu van di sana. Tengoklah startegi ni berjaya atau tidak! Maryam pula nampak lebih riang di Taska. The boys akan lebih berdikari kot kalau tanpa orang gaji. Luqman memang tak sesuai langsung dengan orang gaji....Izzat pullk asyek bergaduh je dengan orang gaji. Haziq je OK....Tapi mama mereka pulak yang perlukan orang gaji...tak larat betullll! Basuh...hm sampai tiga baldi...masak cincai-cincai je selalu pun aku yang masak tapi sebelum dan selepas masak tu yang kena ada orang gaji! Longkang...bilik air dah jadi bilik air awam nye.... Akan ada penghujung ke masalah-masalah hidup tanpa orang gaji????! Seolah-olah kita ni macam cannot live without them! Nak prove otherwise pun alamak, penat aah, tak larat nanti cepat tua youuu! Akan ada penghujung ke pada masalah-masalah ini...atau terpaksa ku ambik orang gaji baru atau usahakan oranga gaji aku tu balik sini semula? SATU PERSOALAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...