Tau...tau dah 2011...umur makin meningkat...anak-anak dah lebih ragam dan kerenah. Izzat tetap macam tu...manja anak pertama.....Haziq dah pandai merajuk panjang....Luqman pula asyek merenggek kalau tak dapat apa yang dia mahu. Maryam pulak dah pandai ambil hati Mamanya....anak perempuan......!
Hari ini hari Raya Cina...Kong Xi Faa Chai.....Tahun arnab tahunmurah rezeki...hehehe.....pada orang Cina lah....tapi b agi kami hari-hari pun hari murah rezeki......
Ok..my son's favourite song....
Thursday, February 3, 2011
Wednesday, February 2, 2011
MAHER ZAIN - Konsert 2011
![]() |
| Add caption |
Kami sedang memproses permohonan anak kami tu.....belum ada keputusan. Tapi kalau tengok harga tiket WOW.....Harga tiket dijual RM297, RM253 , RM203 , RM103 dan RM53..... yang paling murah tu dah tentu di ceruk-ceruk.....
![]() |
| Idola Haziq...minat sangat pada Maher Zain.... |
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[chorus]
InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…
[chorus]
Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]
HARGA MINYAK NAIK LAGI.....
Harga Minyak RON97 naikkkkkk.......begitulah naiknya darah aku pabila mengetahui berita itu......!
Monday, January 31, 2011
Begitulah...
Hampir setiap bila menidurkan anakku Luqman dan Maryam....zikrullah tidakkan lekang dari bibir...

As-saffat ayat 100 mafhumnya "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Sebelum melelapkan mata Luqman akan membacakan dua' tidur lengkap di alam dwi bahasa Arab dan Melayu. Sayu kufikirkan....anak-anak ini umpama kain putih yang dicorakkan oleh orang yang membesarkannya....
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tapi kalau direnung perpatah orang Melayu....‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’...kalau diamati kata-kata itu sebelum dilahirkan lagi ibu dan bapa yang sudah bertanggungjawab untuk mengacukan insan yang bakal dilahirkan itu....
Teringat kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.....
Maknanya, sedari awal pembentukan seorang insan di dalam rahim ibunya, ibu bapanya harus mula memantapkan diri mereka dengan keimanan dan taqwa yang juga akan menjadi bekalan keruhanian pada insan yang akan dilahirkan itu.......sebab itu digalakkan mengamalkan doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya, membaca Al-Quran dan melakukan solat-solat hajat dan berqiamulaill.
Sejak Izzat masih dalam kandungan, kami suami isteri bagai berpakat tanpa menzahirkannaya....Anak-anak kami akan dibesarkan dengan Islam sepenuhnya. Lahirnya Izzat ditangan doktor wanita Islam yang mengingatkan aku untuk membanyakkan berzikir dari mengeluh. Pusat perubatannya pula sentiasa bergema dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran. Pembantu-pembantu hospital pula sering mengingatku pada Allah. Bgi Haziq dan Luqman, mereka dilahirkan dalam suasana yang jauh berbeza dari apa yang dilaluiku semasa kelahiran Izzat kerana waktu itu kami di Jepun. Tapi kami sedaya upaya membentuk suasana supaya anak tetap disambut dalam suasana Islam.
Kami sedar, membentuk anak-anak kami sebagai seorang Muslin sejati bukan hanya dengan menghantarnya mengaji dan ke sekolah KAFA.... kerana iman dan taqwa perlu ditanam dengan persekeliling yang islamic tanpa pendedahan yang terlalu materailstik dan bersifat duniawi semata. Justeru itu kami mencari-cari sekolah yang sesuai dan termampu agar anak-anak mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Kami mengharapkan keredhoan Allah dengan usaha kami itu. Kami sentiasa berdoa agar Allah akan menjadikan anak-anak kami itu sebahagian dari umatnya yang beriman, bertaqwa, soleh dan solehah.
Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
Tubna ilaLLah..waroja'na ilaLLah...wanadamna ala fa'alna...
(Aku bertaubat padaMu...kami akan kembali kepadaMu...Kami menyesal akan perbuatan-perbuatan kami....
| Ya Allah...jadikanlah anak-anakku golongan orang yang bertaqwa, beriman dan berilmu di jalanMU... |
Doa dari surah al-saffat

As-saffat ayat 100 mafhumnya "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tapi kalau direnung perpatah orang Melayu....‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’...kalau diamati kata-kata itu sebelum dilahirkan lagi ibu dan bapa yang sudah bertanggungjawab untuk mengacukan insan yang bakal dilahirkan itu....
Teringat kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.....
Maknanya, sedari awal pembentukan seorang insan di dalam rahim ibunya, ibu bapanya harus mula memantapkan diri mereka dengan keimanan dan taqwa yang juga akan menjadi bekalan keruhanian pada insan yang akan dilahirkan itu.......sebab itu digalakkan mengamalkan doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya, membaca Al-Quran dan melakukan solat-solat hajat dan berqiamulaill.
![]() |
| Izzat - "Kemuliaan" |
![]() |
| Haziq - "Cerdik" |
![]() |
| Luqman - "Bijaksana" |
Sejak Izzat masih dalam kandungan, kami suami isteri bagai berpakat tanpa menzahirkannaya....Anak-anak kami akan dibesarkan dengan Islam sepenuhnya. Lahirnya Izzat ditangan doktor wanita Islam yang mengingatkan aku untuk membanyakkan berzikir dari mengeluh. Pusat perubatannya pula sentiasa bergema dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran. Pembantu-pembantu hospital pula sering mengingatku pada Allah. Bgi Haziq dan Luqman, mereka dilahirkan dalam suasana yang jauh berbeza dari apa yang dilaluiku semasa kelahiran Izzat kerana waktu itu kami di Jepun. Tapi kami sedaya upaya membentuk suasana supaya anak tetap disambut dalam suasana Islam.
Kami sedar, membentuk anak-anak kami sebagai seorang Muslin sejati bukan hanya dengan menghantarnya mengaji dan ke sekolah KAFA.... kerana iman dan taqwa perlu ditanam dengan persekeliling yang islamic tanpa pendedahan yang terlalu materailstik dan bersifat duniawi semata. Justeru itu kami mencari-cari sekolah yang sesuai dan termampu agar anak-anak mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Kami mengharapkan keredhoan Allah dengan usaha kami itu. Kami sentiasa berdoa agar Allah akan menjadikan anak-anak kami itu sebahagian dari umatnya yang beriman, bertaqwa, soleh dan solehah.
| Haziq dan Luqman sewaktu belajar di tadika...Pembelajaran Awal Mengenal Allah! |
| Haziq yang baru melangkah ke alam persekolahan, bersama abangnya, Izzat | yang dah jadi senior di sekolah... |
| Luqman di hari pertama persekolahan....segaknya anak mama.... |
| Doaku ...biarlah kemesraan ini berkekalan...Izzat harus menjadi pembimbing dan pelindung kepada adik-adiknya....khusus adiknya Maryam! |
Thursday, December 9, 2010
Cerita Harga Minyak Naik.....
Petang Jumaat 3 hb Disember,,,ada orang dah sound minyak RON 95 akan naik...rasa-rasa tidak...rasa-rasa bukan RON95 mungkin kalau naik pun RON97...sebabnya.....Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kan dah kata harga minyak RON95 akan kekal sepanjang tahun ini......ciss...
Balik rumah, buka TV...berita jam 8 lama...confirm RON 95 naik 5 sen. Terkejut pun ... marah pun tak...cuma ada sikit rasa nak tergelak..... Kenaikkan 5 sen dari harga asal rm1.85 sen kepada harga baru rm1.90 sen dan kata menteri di Jabatan Perdana Menteri tu kenaikkan ini tidak membebankan rakyat......
Meh nak cerita beban tak beban....baru ku tahu gula dah naik.....seluar dan baju sekolah pun dah naik...serba serbi naik...apa aje yang tak naik....baru kurasai sungutan rakyat yang lain sehingga semalam memegang wang kertas 50.00 untuk ke pasar malam serba serbi naik....minyak pun naik kak....gitulah komen seorang penjual sayur bila kukata eh kenapa dah naik harga... dan yang kekal harganya pun nipis no ikatan sayurnya itu.......
Hm....Naik jangan tak naik kalau boleh kasi naik laggikkk......

Friday, December 3, 2010
Cerita hadiah Luqman
Seawal pagi 23 Oktober 2010, Luqman telah mengingatkanku tentang janji ... hadiah hari jadi .... jam kalis air. Beli jugaklah jam tu hahaha...di Mydin! Luqman kata nak jam kalis air, ada lampu boleh tengok jam tengah malam, boleh kena air laut dan boleh pakai semasa berenang....hoohoo...itu kena tunggu father krismaslah jawabnya....Tapi uncle kaunter jam kat Mydin tu kata pada Luqman....budak-budak pakai jam kalis air biasa saja boleh pakai ambil wudhuk tak payah tanggal.....senang pulak memujuknya...terus Luqman kata OK dan kami pun bayar.....sejak itu tidur pun bertemankan jam! That's my son Luqman Hadhri....
| ingat orang takutlah tu..... |
Friday, October 22, 2010
Esok Birthday Luqman
Esok, 23 Oktober, harijadi Luqman yang ke -8. Luqman dah cakap nak jam tangan untuk hadiah hari jadinya. Jam tangan water reisistent dan tahan lama....mendalam maknanya tu.....kalau gunakan golden rule interpretation maknanya Luqman is trying to tell me that " hadiahkanlah yang mahal punyalah janganlah mama beli yang chokia-chokia punye pulak!" Hmm...sometimes I know how his mind works...kalau tidak bukanlah mama yang melahirkan....
Oklay esokingatkan nak cari kat Mydin...Oppss...kat kedai jam kat Maju Junction....ke atau SACC Mall ke...tak tahu tengok keadaan!
LUQMAN di Majlis Konvokesyen Tadika Tarbawi...segak sungguh....
LUQMAN semasa 6 tahun......dah grad dah.....
Thursday, May 6, 2010
BILALAH NAK SIAP......?
Kontraktor kejenya tak excellent tapi boooleh tahan je...pekerja tak ramai...balik-balik mandor tu je yag datang buat keje...mana budak-budak keje yang lain? Jawabnya balik kampung...ntahlah BILA NAK SIAP NI HOIII.......
...macam kat bumi Palestine pulak!
Monday, March 22, 2010
Nak selsema dan demam, kot!
Kepalaku rasa berat, hidung tersumbat, tekak sakit, badan biasalah sengal-sengal....nak demam kot! Tapi keje kat ofis tak habis lagi....fikirkan kenapalah aku ke Sogo lunch time tadi...dah tahu badan tak sedap. Bercerita fasal SOGO fuyoo...bed spread murah-murah happy hours lagi...tapi tulah Sogo biasalah banyak sale dari tidak! Tapi hari ni aku terjebak lagi ...melayang 50 hengget beli king size fitted sheet aku tulah.... memang perlu beli pun sebab katil dah saiz King....yang ada pun satu baru...dah pakai ada dua ke tiga minggu mesti nak tukar, kan! Bau bachin pulak lah nanti. Kali ni beli yang murah je happy hours dari RM239 diskaun 80% + discount happy hours jadilah RM45.90. Beli ajelah pejam mata....lagi pun dah nak kene beli jugak kan!. Tapi balik ofis ada penin-penin kepala....tekak makin sakit agaknya my high blood pressure lah..........jangan mid 40's crisis sudah!.
Cantiknya kitchen orang tu....yang nak tu adalah Fujihome Cooker Hood Model FX900V .... nak..nak..beli untuk kitchen baru nanti
Monday, March 15, 2010
Selamat Hari jadi, Haziq!
Pada tanggal 13 Mac, 9 tahun yang lalu, (tahun Jepun Heisei 13), Haziq Fiztri bin Jafri dilahirkan di sebuah Hospital Kerajaan Showa atau Koritsu Showa Byoin terletak di suatu bandar kecil, Kodaira-shi di Tokyo, Jepun. Nama Showa diambil sempena nama gelaran Maharaja Hirohito yang menduduki takhta diraja Jepun dari tahun 1926 hingga tahun 1989 Jepun yang juga dikenali sebagai era Shōwa (Keamanan Berihsan).
Haziq was so cute x3...comel dan montel. Mana tak montel, berat sewaktu dilahirkan adalah 3.75 kg.
Haziq was so cute x3...comel dan montel. Mana tak montel, berat sewaktu dilahirkan adalah 3.75 kg.
Kini Haziq dah darjah 3 di Sekolah Ibn Khaldun...dah besar dah pun tapi masih kuat merajuk! Sebelum 9 tahun, Haziq dah selamat bersunat. Senang betul nak jaga dia masa sunat, buka t.v dan bagi komik .... selesai ! Memang paling Haziq suka buat waktu lapang, baca mangga Doraemon dan Sinchan atau apa-apa saje mangga yang ada dalam rumah dan di pasaran. Cita-citanya, kalau tanya di rumah nak jadi (macam Mama suruh....) "Doktor" tapi bila di sekolah, nak jadi "Ustaz"! Takpelah....asalkan jadi anak yang soleh, beriman dan beilmu, Syukur Alhamdulillah!
Gambar wajah haziq...
Pagi harijadinya itu, aku berkata pada haziq, tak nak ucapkan terima kasih pada Mama ke.... nape, tanya haziq terpinga-pinga, aku menjawab selamba, "sebab melahirkan Haziq!". Tanpa ku duga, Haziq terus berbisik kepadaku, "Terima kasih, Mama kerana melahirkan Haziq! "

Hmm....itu satu hadiah yang paling bermakna buat diriku.....
Omedetou Tanjyobi, Haziqiu Kun!
Wednesday, March 10, 2010
Ada Orang Dapat Katil Baru!
Pagi sabtu lalu orang Harvey Norman hantar katil baru kami yag ditempah tiga minggu yang lalu. Nothing special pun tapi iyelah katil IKEA kami yang dah berusia sebelas tahun lebih dan dah banyak berjasa tu dah tak bisa menampung berat-berat badan kami yang dah bertambah2 (akulah tu sebab Fida kata BMI aku sipi-sipi obess!)....tambahan pula, anak-anak yang suka sangat join-in tidur dengan kami atas katil tu....

Tulah katil baru kami..gedabak!

Hm...cadar saiz besar, besar jugaklah RMnya!
SAYONARA...rangka katil lama kami. But it's Not for sale.....!

Katil lama ini akan diletakkan di guest room baru kami nanti.
Siap pasang je.....berbunga-bunga hati kami berdua...nak tidur atas katil baru....Hm....iyelah bajet bulan lepas dah beli tilam KING size, kat warehouse Harvey Norman. Tapi bukan aku yang nak... eih, myhubby yang beriya-iya nak tukar gred katil kami, katanya ... selesa sikit tidur ehem..ehem...dengan anak-anak especially Maryam yang masih menyusu. Tapi biasalah hati yang berbunga-bunga tu kan layu jua....belum kami nak merasa first nite dengan katil baru....anak-anak dah occupied dulu...nak angkat mak aiii....myhubby kata susah sebab katil tinggi sangat...habisnya tinggalkan they all kat atas katil baru, aku menyelitlah tapi myhubby tido kat katil anak!

Haha...katil Maryam depan katil kami tapi nampaknye abah dialah yang tido kat situ.

Monday, March 8, 2010
GO JAPAN RM1250

Hubby membawa balik keratan akhbar....GO JAPAN PROMOTION FOR RM1250....Wow...terimbas kembali kenangan semasa mendiami bumi negara matahari terbit. Keindahan sakura, kemakmuran negaranya, kebersihan dan kejujuran penduduknya keunikan alam semulajadinya dan segala kenangan di Nihon sememangnya mengusik jiwa kami....
Oh! we really miss Japan.
Dah ye-ye nak pegi... dua orang baru RM2500, passport RM500.00 ...duduk boleh dikatakan free kat Niigata ada Bebu, kat Tokyo ada Ani kat Hiroshima ada Man....transportation jelah kami kene spend pas tu bawak makanan ala-kadar...nak bawak ole-ole tak byk kos cam serai, daun pandan, daun kari dan yang lain-lain sewaktu dengannya tu. Bila fikirkan lagi nak pergi, terbayanglah wajah-wajah anak-anak ...macam mana? rumah masih dalam construction, kalau adapun arrangements untuk the boys, Baby Maryam cam mane? Hubby kata OK, kita bawak saja anak-anak....RM...RM...RM...mesti dikorbankan...boleh Izzat tengok tempat dia dibesarkan di Tokyo-To dan Hiroshima, kami boleh ke Kodaira-Shi dan melawat Showa Byoin nak lawat tempat haziq dilahirkan.....penghujungnya ke Hiroshima, boleh melawat rumah sewa kami dulu, International House kami menghuni selama setahun sebelum pulang ke Malaysia, and OF COS Kadotani Byoin tempat Luqman dilahirkan.....so Baby Maryam yang masih cannot appreciate the tour boleh tinggal, just bring the boys....TAPI, siapa nak jaga Maryam...lagi pun kesianlahh.....Maryam kena tinggal...! Hm ... tapi yang menjadi halangan utama...NOPE, Aku kata pada Hubby...not now...WE Will Have to Wait IZZAT habis UPSRA dan PSRA....Kalau nak pegi sangat tunggu time yuki...end of the year....
SO...TAK JADIKALAH PEGI BUAT KALI INI....kalau pergi pun tulah end of the year....Tamat sudah kisah Mat dan Minah Jenin yang berangan-angan untuk ke NIHON.......Sayonara package RM1250!
Friday, February 12, 2010
Kejujuran itu Segalanya

Segalanya bermula dari satu sms yang nampak mencurigakan. Nampak sahaja tapi isinya cuma kata-kata yang kufikir diucapkan tanpa niat atau maksud yang mala fide. Perbalahan besar tercetus akibat satu sma yang diterima oleh seorang insan dari seorang insan yang lain, lalu mengheret suasana malam yang hening nan damai, menjadi satu malam yang haru biru!
Hakikatnya : Kejujuran. Kejujuran itu adalah segalanya. Walau diri diuji oleh Nya, diri dipukul ombak tsunami yang membuas, dilanda ribut petir yang menggancang, namun kejujuran itu masih suatu yang perlu dipertahankan. kejujuran yang terbina dari sifat kasih, sayang dan cinta seorang isteri terhadap suaminya itu tak harus goyah walau apa jua ujian yang dipersembahkanNya. Walau luntur sekali pun rasa kasih, sayang dan cinta yang berabad terpahat dihati dan sanubari seorang isteri, namun selagi bergelar isteri, kejujuran tak harus sirna. Berlaku jujur terhadap suami itu suatu amanah dan tanggungjawab seorang isteri. Firman Allah patuhnya isteri terhadap suami tak boleh disanggah...Kasih, sayang dan cinta sesama insan boleh berubah...tapi patuh pada Allah adalah sehingga akhir hayat. Atas dasar itu kejujuran ku jangan dipersoalkan.
Lalu malam itu segalanya terungkai, terungkap persoalan-persoalan yang selama ini menggoncang kalbu hingga mengunggis hati dan kalbu. Bukan lagi kias mengkias tapi kata-kata yang cukup menyernakkan hati tatkala mendangarnya. Cukup! dengan kata-kata itu kufahami apa yang terbuku dihatimu tapi jangan sehingga kata-kata yang diungkapkan itu menjadi racun dalam perhubungan kita.
Monday, January 25, 2010
Akan Ada Penghujungnya
Pagi ini seperti biasa lambat ke ofis. Hubby langsung minta cuti kerana tidak tahan melihat punchcardnya MERAH....Ini gara-gara orang gaji yang balik bercuti kemudian liat nak datang balik! Malas nak memikirkan sama ada orang gaji nak datang balik bekerja atau pun tidak. Fikirkan ambil yang baru ... tapi kalau ambil yang baru perlu lebih banyak ongkosnya! Heeh, malas betul nak fikirkan tentang ini. Tapi berbanding dengan dua tahun yang lalu masa aku hidup tanpa ber"orang gaji", lebih teruk. Masa itu Maryam masih baby, the boys masih belum matang sedikit pun. Segala-galanya ku bereskan semua. Letih gila! Sekarang ni the boys dah pandai sangkut baju sendiri...letak baju kotor dalam bakul baju, pandai bersiap sendiri, dapur pun kurang kecah bila kutiada di rumah. Hm, cuma bila kami nak ke ofis, kena tunggu van anak-anak sampai dulu baru boleh berangkat ke ofis. Itu yang lambat tu!
Tapi esok strategi baru. Letakkan budak-budak di taska Maryam, biar mereka semua tunggu van di sana. Tengoklah startegi ni berjaya atau tidak! Maryam pula nampak lebih riang di Taska. The boys akan lebih berdikari kot kalau tanpa orang gaji. Luqman memang tak sesuai langsung dengan orang gaji....Izzat pullk asyek bergaduh je dengan orang gaji. Haziq je OK....Tapi mama mereka pulak yang perlukan orang gaji...tak larat betullll! Basuh...hm sampai tiga baldi...masak cincai-cincai je selalu pun aku yang masak tapi sebelum dan selepas masak tu yang kena ada orang gaji! Longkang...bilik air dah jadi bilik air awam nye.... Akan ada penghujung ke masalah-masalah hidup tanpa orang gaji????! Seolah-olah kita ni macam cannot live without them! Nak prove otherwise pun alamak, penat aah, tak larat nanti cepat tua youuu! Akan ada penghujung ke pada masalah-masalah ini...atau terpaksa ku ambik orang gaji baru atau usahakan oranga gaji aku tu balik sini semula? SATU PERSOALAN.
Thursday, November 5, 2009
Pemergian yang tak terduga
PIAN Sukro ... dialah antara nama yang paling kusanjungi sejak bertugas di Suruhanjaya. Keperibadian Pian Sukro yang amat baik tak tertanding orang-orang sekelilingnya. Budipekertinya yang amat halus menghormati insan bukan mengikut darjat mahupun pangkat. Tutur katanya yang lembut dan begitu menyenangkan menjadi halwa telinga walau apa jua keadaan. KurniaanNya pada Pian Sukro menjadikan dia antara yang tersohor dalam bidang yang diceburinya, berpandangan jauh dan seorang pemikir yang tidak pernah kenal erti bosan. Beliau sentiasa berfikir untuk kemajuan tidak kira dalam apa saja aspek dan sentiasa memberikan ide yang kehadapan dari orang lain. Pendek kata pemergian beliau satu kehilangan kerana dia adalah idolaku!
Dato' Ir Pian Sukro, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga yang dilahirkan pada 1 April 1948 akhirnya dipanggil mengadap Illahi pada 31 Oktober 2009 jam 2:30 pagi di Agostino Gemelli University Polyclinic di Rom, Itali. Tuhan lebih menyayangimu.
Dato', All the things that you've thought me shall remain part my strength and asset to my success. Your words of wisdom has always been the music to my ear. Your smile has always been the magic to my eyes. I really do appreciate your present though seems too brief. Your helpful, giving ways touches me ... your gentle and generous heart display the man you are....Thank you just doesn't seem enough...you're special and that's.
I shall miss you.
May Allah rest his soul and grant him the company of the solehun and mukminun. AL-FATIHAH to Allahyarham Dato' Ir Pian Sukro.
Monday, October 5, 2009
Masa-masa yang berlalu
Awal pagi memulakan tugas, paling dulu adalah membelek diari. Perlu pastikan datelines atau apa-apa assignment yang tertunggak, sebelum meneruskan dengan tugas-tugas routine di pejabat. Yang biasa dan terbiasa adalah menyiapkan minit atau membetulkan minit. Dalam aku membelek diari, aku terperasan tahun 2009 hanya ada dua bulan lagi sahaja, kemudian kita akan melangkah ke tahun 2010........
Perkara-perkara yang telah berlaku akan menjadi sejarah dalam hidup, warna-warni kehidupan akan hanya berputar dalam album minda!... 2009 yang ku rasa baru datang akan pergi dan 2010 akan datang menjengah pulak.
Apa yang pasti, pantas sungguh masa berlalu!
"ingat LIMA pekara sebelum lima pekara.....
sihat SEBELUM sakit
muda SEBELUM tua
kaya SEBELUM miskin
lapang SEBELUM sempit
hidup SEBELUM mati
masa usia kita jangan disiakan
kerna ia takkan kembali"

Sunday, October 4, 2009
Tinggallah Ramadhan Datangnya Syawal!
Berpuasa di Bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan. Aku seperti insan-insan lain di dunia, telah menjalani ibadah berpuasa sebaik mungkin. Namun yang ku paling terkilan adalah terpaksa menggantikan dua belas (12) hari berpuasa kerana ABC (Allah Beri Cuti)! Kadangkala frust pun ada...kenapalah ABC pada saat-saat aku terlalu ingin beribadah di bulan Ramadhan yang hanya sekali dalam setahun! Kekadang terpikir-pikir kenapa ABC aku tu lama no....lama sehingga mengacau fikiranku. TAPI itulah manusia sering mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan Kita tidak seharusnya mempersoalkan apa yang ditetapkan olehNya...perlu hanya menerima hakikat ketentuanNya. Ada hikmah segala apa yang ditetapkan olehNya dan itulah kita sebagai manusia ciptaanNya sering lupa!
Ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun lalu memang ABC ku lama. Tapi tahun ini paling lama! Anak-anak sering bertanya, Mama dah boleh puasa. kalau aku tidak menjawab dan mencebekkan mulut tu fahamlah mereka, mama mereka masih dalam tempoh ABC! Namun demikian setiap hari aku berdua' agar puasa dan ibadatku akan diterimaNya!
Syawal sudahpun hampir ke penghujung.... bagi meraikan datangnya bulan Syawal, kusediakan baju-baju raya untuk anak-anak, suami, diriku dan juga pembantu rumahku! Berbalang-balang kuih raya kutempah dari Cikgu sekolah anak-anak. Kemeriahan kurang dirasakan tahun ini kerana satu, banyak sangat ABC ku, kedua, kakak dan keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu tidak balik ke Shah Alam untuk beraya!. Apa-apa pun, Kutunggu Ramadhan tahun hadapan dan berdua' agar diberikan dengan yang lebih baik!

Wednesday, August 19, 2009
Monday, August 17, 2009
Bulan Merdeka... Merdeka!
Merdeka? Malaysia yang dah merdeka hampir 52 tahun, tapi apakah Malaysia sudah benar-benar merdeka. Apakah Malaysian merdeka.......sehinggakan bahasa jiwa bangsa telah menjadi bagai melukut di tepi gantang! Peradaban bangsa Melayu sendiri kalau tidak Islam yang kawal mungkin sudah dibritishkan dan mungkin melayu akan tinggal nama sahaja! Lihat sahaja sekeliling kita, begitu banyak pub, kelab malam, karaoke centre...pergaulan muda mudi yang menjadikan negara kita persis negara yang masih terkapai-kapai tiada identiti. Kata negara Islam? Kalau look east ke look west ke, unsur yang buruk sahaja yang nampaknya lekat! Korridor bukan main banyak.... kita dilihat atau mahu dilihat sebagai maju, industrialised, modern ... tapi attitude umum khusus bangsa Melayu masih di takuk sama....masih tak berubah. Kalau tiga puluh tahun attitude "tidak apa" tu biasa tapi bila kita dah ada KLCC, TwinTower attitude seumpama itu masih ada, seolah-olah embeded in us..... kalau tidak, tak hairanlah kalau di Jepun dulu, kalau meeting atau perjumpaan, berkatalah orang Jepun pada orang Malaysia, Malaysian time, maknanya bolehlah datang lambat sikit sesuai dengan budaya engkau tu, tapi kalau dia bilang Japanese time, lambat seminit sayonara!
Merdeka kah kita?
Namun begitu, hakikatnya, aku bangga menjadi seorang Melayu yang berjiwa Islam...aku bangga menjadi seorang Melayu yang hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tapi bila difikirkan semula, aku tak kesah bangsa apapun yang penting Islam. Kalau dilahirkan sebagai bangsa Cina atau India atau Jawa atau Batak sekalipun kalau Islam dan berpegang teguh pada ajaran Islam dan berpaksikan qiblat Allah, aku tetap akan tetap bangga!
Mengapa dulu aku tak begitu....? Yelah masa dibangku sekolah kalau boleh nak dilahirkan sebagai seorang eurasian...agama: tak fikir. That's secondary (eh, teruknye aku masa tu. Astagfirulla!). Nak jadi mat salleh...nak jadi omputihlah you... speaking je makan pun fish n chips je.... I don't like curry, ok! Kalau tak boleh sangat sebab kulit taklah begitu cerah, bila dah besar sikit (lepas form two), bertukar arah pulak....mesti nak kahwin dengan omputihlah. Nanti anak lawa. Eh, tak main lah mamat melayu ni, paling kurang mamat mixed parentage, yang rambut ada blond-blond sikit tu! Itu aku masa di bangku sekolah. Sangat terpengaruh dengan dunia hollywood, glamour dan secularism (masa zaman 80an, Bollywood tak de lagi).
Bila dah dewasa dan matang sikit (itupun nasib baik belajar di UKM, not UK ye)...dah kenal erti kehidupan dan yang penting telah diberikan peluang dan kemudahan untuk revert to Islam....perasaan nak jadi omputih tu dah tak'da... sikit-sikit luntur kerana keimanan yang tersemat di dalam dada. Iman dan ilmu menjadi teras kehidupan seharian. Mengenali Islam lebih membuatku menghargai dan menghormati diri sendiri sebagaimana yang diciptakan olehNya. Dunia ini lebih indah dengan Islam dan hidupku lebih merdeka dari unsur dan anasir yang menjelekkan!
Merdeka, padaku membebaskan diri dari sesuatu yang membelengukan kita dan menjadikan pergerakkan kita terbatas. Sejujurnya, aku tidak pernah merdeka dari Mak dan Abah. Kadang kala mereka membatasi pergerakkanku. (I'm sure it's not for bad but for good reasons). Walaupun diri ini sudah lama berkahwin dan merupakan seorang isteri dan ibu kepada empat insan paling kusayang, aku masih belum merdeka dari Mak dan Abah. Masih terfikir-fikirkan mereka atas dasar tanggungjawab dan kewajipan seorang anak untuk menjaga hati dan perasaan dua insan yang membesarkan diri ini! Pendek kata, apa jua yang kulakukan ku imbangi dengan faktor-faktor yang berhubung kait dengan Mak ngan Abah, suami, juga anak-anak dan yang penting, aku terikat dengan consiousku. Hei...kita mana boleh bebas, kita takkan jadi bebas sebebas yang kita mahu ..... kerana kita ada ALLAH!
Selamat Hari Merdeka.... merdekanya Malaysia dari British!!!
(The picture above - Malaysian Flag, it's Luqman's handycraft)
Tuesday, August 11, 2009
H1N1, apapun namanya...tetap musibah!
Hari ini tanggal 11 Ogos, 2009, 7 lagi kematian tercatat. Muka depan di dada akhbar-akhbar arus perdana terus- menerus mengkhabarkan berita kematian akibat musibah H1N1. Angka kematian makin meningkat sehari demi sehari dan total kematian disebabkan H1N1 ini sudah 33! Tapi kini, bukan setakat H1N1 sahaja yang ditakuti tapi masalah jerebu juga mengancam kesihatan. Face mask dari 80 sen dah jadi RM1.35 sekeping. Bukan soal duit yang diungkitkan tetapi memikirkan nyawa yang diancam dengan pelbagai risiko! Sebaik sahaja demam Izzat dan Haziq kebah, suami terus membawa kami sekeluarga mendapatkan suntikan vaksin antiviral di Poliklinik Hikmah malam tadi. Maryam dah awal-awal dibawa suami untuk mendapatkan suntikan vaksin antiviral tersebut. Kalau ikut Doktor ini bukan vaksin H1N1 tapi enam puluh peratus (60%) boleh mengelakkan kita dari terkena flu macam-macam. Kalau difikirkan tentang wang, memang boleh tahan. Tapi saat-saat ini memang tak boleh terlalu memikirkan wang. Soalnya dah 33 orang mati. Epidemik wabak selsema babi~!. 40 persen tu kami serah pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani!
Kemeterian Kesihatan Malaysia sering kali mengulangi panduan menjaga kebersihan diri perlu diikuti. Basuh tangan, sentiasa pakai face mask, jangan dekati kawan-kawan yang deman, selsema atau nampak tak sihat..etc..etc...tapi anak-anak bujang ku mana nak fikir itu semua. Nampak makanan terus belasah! Asal kawan offer air ke bekal ke, kalau tekak tengah kering atau perut tengah keroncong, belasah aje! Sukar menentukan anak-anak mengamati panduan kebersihan. Berulang kali juga kami suami isteri menasihati anak-anak tentang H1N1 tapi sejauh mana penerimaannya tak dapat kami pastikan!
Kalau sebelum ini flu burung, flu babi...apa pun namanya tetap musibah...ia suatu bala yang perlu diambil iktibar!
Sesungguhnya musibah atau bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan perbuatan-perbuatan hambaNya yang melanggar hukum. Kalau umat nabi-nabi terdahulu Allah kirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad s.a.w., isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala sudah boleh diketahui.
Itu tandanya Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera kembali mengingati-Nya. Kita boleh juga disifatkan sebagai hamba yang amat disayangi Allah, cuma hambaNya sahaja yang tidak mahu memahami serta mengenal erti kasih sayang Allah kepada hambaNya.
Astagfirullah. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini yang sering lalai, alpa dan lupa bersangkaan baik padaMu ya Allah!
Sekiranya kesalahan umat terdahulu itu kerana melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, telah menyebabkan mereka ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, perlu kita ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.
Selsema babi, H1N1...apa pun namanya ia dikirimkanNya agar manusia sedar dan kembali ke pangkal jalan. Renungilah...apakah telatah, gelagat, perwatakan dan perlakuan kita selama ini megundang bala Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)