Friday, January 13, 2012

Rezeki

"
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)
Cerita pasal bonus...ada yang merunggut...merunggut sebab tak dapat full bonus.  Aku? memang tak dapat full bonus pun ...dah agak dah.... berapa pun markah prestasi yang diperolehi akan dicantas juga kerana sering terlewat ke ofis (tapi masa diganti, InsyaAllah), terambil emergency leave yang tidak disengajakan...  Apa pun rezeki...rezeki Allah yang punya...serupa juga dengan wajah kita, bentuk badan kita, suara kita, IQ kita, tahap kepandaian kita, anak-anak yang dikurnaikan kepada kita sama ada pandai, bijak atau kurang pandai batau kurang bijak,  cacat atau punya IQ yang terlebih excellent dan semuanya itu adalah REZEKI dari KETENTUAN ILLAHI....itulah dia hidup di dunia!

Thursday, January 12, 2012

Inilah favourite song Maryam... berulang-ulang minta diputarkan lagu ini...

Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Subhanallah

Sebenarnya lirik lagu ini dipetik dari surah Asy-Syams. Intipati surah itu adalah :  Sesungguhnya manusia dilhamkan  oleh Allah jalan yang baik dan yang buruk....

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."
-Surah Al-A'raf 7: Ayat 201.

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu terang dan di antara keduanya pula terdapat pekara-perkara yang subahat yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-perkara yg syubahat itu adalah orang yg melindungi agama dan kehormatan dirinya. Org yg tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram.  Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-perkara  yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "


Semoga kita semua akan dapat menilai baik dan buruk, yang halal dan yang haram, sifat mahmudah dan mazmumah agar kita terlindung dari api neraka.
keindahan flora kurniaan Allah semuanya milik Allah...

Wednesday, January 11, 2012

Hijrah Izzat 2012

Akhirnya kami memilih Institut Pintar Tahfiz Darul Fuqaha untuk Izzat meneruskan pengajiannya.  Selain dari pengajian akademik, hafazan juga sama ditekankan.  Dari jadual harian, memang penuh dan terisi, sesuailah dengan misi dan visi Darul Fuqaha.  Mula-mula bila tengok jadual nampak terlalu padat bermula jam 4 pagi berterusan dengan program akademik dan hafazan sehingga tidur jam 10 malam setiap hari itulah rutin bagi anak-anak tahfiz Darul Fuqaha.  Namun bila difikir-fikirkan, mungkin yang terbaik bagi Izzat dalam meniti usia remaja biarlah Izzat melayari kehidupannya dipenuhi dengan bimbingan agama dan asuhan kerohanian paling mantap sebelum menjejaki gerbang materialis dalam era globalisasi bila dewasa kelak (yang tinggal beberapa tahun saja lagi).

asrama Izzat...tempat berehat dan beradu, semoga anakku sentiasa dilindungi Allah...“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Nisa’: 100)
Pada 10 Januari 2012 merupakan hari pendaftaran persekolahan dan kami mengambil cuti untuk menghantar Izzat  ke tempat baru.  Perasaaan kami bercampur-campur dan secara khusus, tak boleh nak dinyatakan dengan perkataan.  Setelah kami membayar yuran persekolahan dan asrama, semua ibu bapa pelajar baru diberikan taklimat dan seterusnya kami di bawa ke asrama.  Di asrama, kami membantu Izzat mengemaskan almari dan tempat tidurnya.  Waktu ini, sayu hatiku melihat Izzat tapi Izzat tetap maintain...seperti biasa tak banyak cakap, tak ada komplen dan mimik muka yang biasa sahaja.  Namun ada yang menggembirakan kami kerana asrama baru dah siap bertempat di tingkat atas dalam bangunan Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Darul Fuqaha.  Apa yang kami harapkan, semoga Izzat selesa di tempat barunya itu.....dan moga "Hijrah Izzat" akan mendewasa dan mematangkan dirinya dan seterusnya berwibawa menjadi seorang mukmin yang beriman dan bertaqwa di sisi Allah s.w.t.

Monday, January 9, 2012

2012...merubah kehidupan

"Ahli al-Qur'an" sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Majah adalah golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ
Ertinya: “Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.” (HR. Ibn Majah)

Alhamdulillah anak-anak telah selamat menjalani pra kelayaka untuk memasuki Maahad Tahfiz Al-Quran Al- Islah (MTQI).  Alhamdulillah pendaftaran telah selesai semalam hari Ahad, 8 Januari 2012 yang bermula di MTQI di Seksyen 7, Shah Alam sehingga sebelah petangnya dihantar untuk pendaftaran penempatan di Desa Pinggiran Putra.  Kini Haziq dan adiknya, Luqman mula menjalani hidup di taman kalamullah...berjuang untuk mencapai objektif menjadi ahli al-'Quran...Ya Allah terangilah hati anak-anakku, kuatkanlah ingatan mereka, teguhkanlah semangat dan tidak putus beristiqomah menghafal ayat-ayatMu....semoga Haziq dan Luqman terpilih antara hamba-hambuMu sebagai Ahli al-'Quran!

Haziq dan Luqman.....


Semoga mereka beroleh kemenangan...

Wednesday, December 28, 2011

Apakah harta yang disayangi atau anaknya

Kisah malam hari Selasa (26 Disember 2011) begitu menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kami sekeluarga....InsyaAllah.

Kisah bermula apabila sepupu suami, Ruby kehilangan dompet yang mengandungi wang, KP, Lesen memandu dan kunci kereta.  Sedang menunggu pembuat kunci (kunci "spare" pun dah hilang sebelum itu) membuatkan replika kunci kereta proton wira Ruby, kami dikejutkan dengan kejadian yang tak "berapa suka" ditonton.  Kereta BMW terkunci dan anak berumur sekitar setahun setengah di dalam sedang tidur (betul-betul nyenyak) dengan engine and air-cond on... Pemandu merupakan ibu kepada anak yang terkunci masih muda kelihatan panik apabila anak tidak mahu bangun supaya dapat membuka kunci kereta dari dalam kereta...

Setelah 15-20 minit orang ramai menolong mengerak-gerakkan kereta, menepuk-nepuk kaca tingkap dari semua arah, ada yang menjerit dan memekik nama anak itu supaya bangun dari tidur, hon dibunyi dari pelbagai jenis kereta hingga lori simen, namun tak berhasil.  Orang ramai mendesak agar si ibu memecahkan cermin namun dari arahan suaminya... yang dikatakan berada di luar negara, "jangan" tapi "tunggu aje spare kunci".... aik apa kes ni?

Dah masuk 1/2 jam orang ramai makin ramai yang mengerumuni kereta BMW.  Tetapi sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan tempat kejadian itu tapi tak lengganglah tempat tu sebab digantikan pula dengan orang lain yang simpati dengan nasib  yang menimpa ibu muda dan anak kecil itu.  Nasihat dari pelbagai orang Melayu, Cina dan India (ini baru 1 Malaysia) supaya si ibu memecahkan saja cermin tingkap belakang namun si ibu tetap mahu menunggu abangnya yang dikatakan akan mengahantar kunci spare BMW.....Si ibu yang sememangnya nampak panik masih menaruh harapan pada kunci spare yang "on the way..." entah dari mana tak ku tanya, tapi selepas 1/2 jam pun tak sampai-sampai kunci spare.  Orang ramai yang ada apabila melihatkan sikap si ibu yang lebih sayangkan BMW itu dari nyawa anak, ramai yang beredar tapi diganti dengan orang lain yang simpati.....

Setelah hampir sejam....anak kecil itu tersedar dari tidurnya yang nyenyak dan si ibu lantas menyuruh si anak itu membuka kunci kereta....drama hampir sejam itu tamat dengan anak dan ibu berdakapan.....orang ramai pun bersurai....

Entahlah ....kalau aku berada dalam situasi si ibu apa yang akan ku lakukan....pecahkan cermin tingkap (yang kalau nak ganti harga boleh mencecah RM10K....atau biarkan sehingga kunci spare datang (itupun kalau ada...kalau tak de...?) atau tukang buka pintu datang.....

Wednesday, December 21, 2011

Little things we should treasure....

Semalam mengemas-ngemas bilik santai...terjumpa dua perkara yang menyentuh hatiku.....

(1) Kad Ucapan Hari Bapa yang dibuat oleh Haziq

(2) Buku "Kembara Khazanah" Luqman

Hah....rindunya anak-anakku Haziq dan Luqman.  Tak sabar berjumpa mereka pada hari tamat sesi pra-kemasukan Maahad  Ahad ini.....Rindunya mama dan abah pada kalian berdua....

Kad Ucapan Hari Bapa terjumpa dalam lipatan buku-buku Haziq....Lupa, mungkin untuk diberikan kepada Abahnya.  Ini muka hadapan kad

Kad Ucapan muka hadapan dan belakang

Terharunya...inilah gambaran keluarganya...dari kaca mata Haziq.

jeng..jeng...Jangan Tinggal Solat hehe... nasihat ikhlas dari seorang anak (bakal Al-Hafiz, InsyaAllah) kepada Abahnya....

dari kacamata Haziq...Aahhhh akulah ibu yang rajin! Tengoklah tu Mama sedang pegang apa...dan Abahnya tak boleh berenggang dengan (waktu itu) blackberrynya....

comelnye......

Terharunya...."Ikhlas daripada : Haziq Untuk: Abah"

Antara buku kesayangan Luqman...

terbuka buku dan terlihat tulisan ini bak kata-kata mutiara buatku....

Terharunya...walaupun spelling dan sentence structure salah..... hahaha!

Tuesday, December 20, 2011

Pencarian....

Hari ini kami masih tercari-cari sekolah berasrama penuh untuk Izzat... Kriteria sekolah simple je, sekolah beraliran agama, berasrama penuh dan tahfiz.  Aduih...memang penat mencari tapi tak putus asa dan tak rasa bosan mencari-cari sebuah sekolah yang sesuai dan terbaik untuk Izzat.  Laman web mana yang tak dikunjungi sampai Indonesia, Pakistan, USA, UK, Mesir semuanya dah lawat....tapi of cos lah tujuannya memang mencari yang dekat-dekat je... pada tanggal ini masih mencari...dalam pencarian dan tercari-cari.....!

Izzat....dia biasa je...dulu kalau beritahu "Izzat, kalau tengokkan perangai, sikap dan keputusan peperiksaan form 1 yang hmmmm...kena jugak lah mama dan abah hantar izzat ke sekolah berasrama penuh...tak boleh jadi ni... teruk!" kataku...automatik bergenang air matanya...kasihan, detik hati ku....ditangguhkan keputusan untuk mencari sekolah berasrama penuh yang sesuai.... sehinggalah suatu hari melihatkan Izzat menyakat adik-adiknya dan tak boleh kompromi ....keputusan dah dibuat ....sifat manja, acuh tak acuh, tak fokus pada pelajarannya harus berhenti sehingga tahun 2011sahaja....2012 Izzat perlu dibawa "hijrah" ke alam kehidupan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang syumul....masa remaja Izzat takkan kupersiakan...tekad kami...Izzat harus dibimbing supaya menjadi seorang muslimat bertaqwa dari erti kata sebenar.  Kami tidak mahu dipersoalkan oleh Ya Rabbi di akhirat kelak, bagaimana kami mempersiakan masa anak-anak... ibubapa sibuk dengan urusan pejabat anak-anak terbiar....kami tidak mahu bersikap "mengabaikan Allah dan tidak mengacuhkan kehidupan akhirat, sepanjang hidup mengejar keserakahan dunia"  Itu bererti kami akan abadi di dalam api neraka.  Al Quran juga menjelaskan orang-orang yang berada di jalan ini sebagai “orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat� “Maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.�" (al-Baqarah: 86)

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?' Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.' Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.' Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?�? ( al-Mu'minuun: 112-115)


Imbas semula....Izzat pada peringkat sekolah rendah sudah kami hantar ke sekolah aliran agama.  Niat kami biar dia dibesarkan di dalam Islamic environment... Islam adalah way of life.  Islam diturunkan oleh Allah selengkap-lengkapnya yang telah mengatur kehidupan manusia mencakupi segala sudut termasuk ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebuadayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains dan undang-undang.


Tapi tugas itu tak sampai di situ sahaja...walau niat dah ada  tapi bagi mencapai matlamat membentuk anak menjadi muslimat bertaqwa pengisian kerohaniannya harus juga mantap.  Kekangan masa disebabkan oleh urusan kerja kami,  masa dan ruang bersaman Izzat (juga adik-adiknya) menjadi terlalu terhad dan walaupun kami berusaha menjadikan masa yang ada itu berkualiti namun terlalu sedikit masa.  Pagi kami hantar mereka ke sekolah jam 7:30 pagi dan mengambil mereka semula jam 7:00 malam kekadang lebih lewat dari itu. Lebihan masa dari waktu sekolah digunakan untuk bermain sahaja (dah namapun "budak"....), bila sampai rumah semuanya keletihan dan kepenatan lantas kerja-kerja sekolah terabai....akhirnya akademik ke mana...pengisiannya juga ......(a big question mark!!!)

Sehingga pernah terjadi ada ketika seorang yang bermurah hati (mungkin orang yang tinggal di dalam perkarangan sekolah) telah menawarkan talifon bimbitnya supaya digunakan oleh anak-anakku untuk menghubungi kami lantaran waktu itu sudah terlalu lewat tetapi mereka masih berada di perkarangan sekolah.  Aku dengan meeting tak sudah-sudah manakala abah mereka terpaksa kerja luar. Tapi anak-anakku sudah faham dan jelas dengan rutin seharian kami.....


Hah....pencarian diteruskan ...... mesti diteruskan.....

Tuesday, August 23, 2011

RINDUKU....mengabdikan diri untukMu Ya Allah...

Rinduku...
piluku...
hibaku...

terasa masa pantas berlalu
terasa masa pintas meninggalkan hambaMu ini..
jua...
Ramadhan berlalu deras
Ramadhan...
Ramadhan...
menyapa diri ini
dalam kehening malam
syahdu namun pilu
terasa hiba
ditemani airmata...

diri yang masih terbelenggu dengan dosa-dosa
diri yang masih tidak layak mengimpikan syurgaMu...
diri yang masih tidak jemu beristigfar mohon keampunanMu
diri yang masih terasa tersisih dari sinar magfirohMu...

Terasa rindu...
rindu...
untuk mengabdikan diri ini untukMu
Ya Allah...
Terpaku
kumenunggu
Teruja
kumenanti
masa suciku
biar bisa mengalunkan zikir
memujiMu

melagukan ayat-ayatMu
memohon keampunan

Ya Allah!







Keinsafan dan ketenangan... itulah rahmat dan hikmah pemberian Illahi

Wednesday, August 3, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN...

Ramadhan datang lagi....Ramadhan datang lagi.....Kali ini aku berazam akan bersungguh-sungguh merebut fadhilat bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan menyucikan diri dan bulan penuh barokah yang di dalamnya tedapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan!  


Kalau ikut panduan checklist Ramadhan...nampaknya kena langgar masa yang ditetapkan...patutnya selesai qiam pukul 5 pagi tapi pagi ni terlebih pula masanya selesai qiam pukul 5:18 am habistu masa masak terkejar-kejar takut waktu sahur habis tempoh.  habisannya goreng ikan bilis potong timun, kami lima beranak makan dengan kicap je....Ramadhan-Ramadhan! Tapi tak de hal anak-anak tak bising pun, suami pulak yang tolong tengok-tengokkan ikan bilis dalam kuali sementara aku sibuk siapkan meja dan potong timun dan epal buat anak-anak....

So hari ni tekad akan ikut masa....so kena bangun dan bersiap untuk qiam malam lebih awal sedikit, kalau malam semalam macam terhegeh-hegeh untuk bersiap. Malam ni tak pasti nak ke masjid ke tidak untuk terawih, bawak maryam banyak hal pulak nak solat dengan mamalah, nak baliklah...nak kencinglah...Tapi arghhhhh.... paling bosan aku terkentut nak kena ambil wudhuk yang mana tempatnya luar masjid huhuhuh!
Kalau ikutkan artikel-artikel yang dibaca....Rasulullah SAW bersabda: "Solat seorang perempuan di rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid". Ada artikel di sini
 mengenai Ramadhan, Solat sunat Terawih dan Wanita menceritakan perihal wanita dan solat sunat terawikh nih...

Rasulullah SAW pernah bersabda 
“Jihaadukunna fii baitikunna"  

yang maksudnya lebih kurang, 
"jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumah tangga kamu”

Hm...macam mana ni eik!

Monday, July 18, 2011

Pemergian orang yang disanjung....

Berita pemergian Dr Lo'Lo' dikhabar oleh suamiku awal pagi tadi....Dari Allah kita datang pada Allah kita kembali... Aku ingin bercerita tentang Dr Lo'Lo' tapi bukanlah kaitkan dengan politik pas....walaupun nama Dr Lo'Lo' ni sinonim dengan pas, muslimat pas dan perjuangan pas.....Aku mula mengenalinya apabila aku mendaftar untuk melahirkan anak pertama di Pusat Perubatan Kohilal (PPK) di Melawati. Sebelum diperkenalkan kepada PPK ini, aku telah berpindah randah dari tiga buah pusat perubatan atau pusat bersalin.  Ini berpunca dari tahap confidence aku pada pusat-pusat perubatan itu zero...keana hati sentiasa cemas, takut, gundah gulana dan apa saja perasaan negatif bersarang dibenakku....seolah-olah mati mengekoriku.....menyebabkan aku kadangkala sasau.....Sebelum bersalin, aku sempat tiga kali membuat pemeriksaan final trimster ku di PPK. Temujanji pertama (setelah diperkenalkan oleh abang (Dr) Rayney, terima kasih Abg Rayne!) dan terakhir sebelum kena induce untuk melahirkan.   Pandanganku hanya biasa-biasa sahaja cuma perasaan negatif itu sedikit demi sedikit berkurangan bila tangannya mula menyentuhku untuk membuat pemeriksaan.......

Semalaman tinggal di PPK...hatiku nyaman...tenang...alunan zikir yang dipasang itulah lebih membuatkan aku mengingati Allah dan memang benar (bukan untuk disangkal lagi) ..apa-apapun kembali mengingati Allah itulah ubatnya!  

Waktu proses bersalin, Dr Lo'Lo' ada bersamaku hampir setiap masa.  Aku first timer, so aku meneran tak ikut manual...main teran je....sakit...sakit itu sahaja yang ucapkan selang seli dengan doa-doa dan ayat-ayat pendek Al-Quran yang diajar Mak dan jururawat di PPK.  Sejam terakhir, Dr Lo'Lo' mengingatkan aku....baca لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (La illaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minadzolimin) lantas aku pun berzikir....lihatkan aku masih katanya...aah baru 20sen...nurse nanti 50sen call saya ye....zikir...zikirlah itu doa Nabi Nuh dalam perut ikan nun....katanya lagi.....(dalam hati...Ooo..baru tahu...)

Aku selamat melahirkan putra pertamaku Izzat Syazri pada 30 Disember 1998 jam 2:00 petang setelah Dr Lo'Lo' (suami, abahku juga, teirma kasih) menunaika solat zhohor....Terima kasih Dr...atas sifat sabar melayanku, sifat perihatinanmu atas masalah-masalahku dan sifat penyayang yang turut mendoakan aku, yang hanya seorang patient bagimu..... memang benar dan sesuai dengan namanya Lo'Lo' permata (dari lautan).


Semoga ruhnya dicucuri rahmatNya dan
 ditempatkan bersama orang2 beriman dan bertaqwa !






Al-Fatihah Buat Dr. Lo'Lo'

Wednesday, July 6, 2011

Ingatan untuk diri ini...

Beberapa hari yang lalu, diri ini dikejutkan dengan khabar berita pemergian kawan sekolah.... inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un....

Dah lama jugak mengikuti perkembangan teman sekolah di fb (walaupun sebenarnya aku tak ingat dia tu siapa hanya difahamkan oleh teman-teman fb kami satu sekolah).  Tak kisahlah tu.... walaupun dia bukan "friend" tapi perkembangannya ku ikuti, mula-mula sebab kasihan....kedua, mengingatkan diri ini supaya  lebih bersyukur dengan apa saja nik'mat yang Allah berikan kepada diri ini....ketiga, mengingatkan diri ini apa jua, Allahlah yang Maha Besar kerana Dia menentukan suka duka, kaya miskin dan hidup matinya hambaNya....

Setiap kali kupandang wajah anak-anak, setiap kali itulah berdetik dalam hatiku, Ya Tuhanku Panjangkan umurku dengan keberkatan... tapi itulah...Allah Yang Maha Esa...hanya Dia yang akan menentukan panjang pendekknya umur hambaNya ini dan yang penting, penuhi jiwa dengan keimanan dan pohonlah keampunan selagi nadi berdetik....diri ini hanya hamba yang tidak berdaya, tidak berkuasa tanpa pertolonganNYa....kuberserah dan hanya mampu berdoa!

Akhir kata, buat temanku yang telah pergi mengadap Illahi...Ya Allah, ampunilah segala dosanya, jauhilah beliau dari siksaan kubur & siksaan api neraka, jua tempatkanlah beliau dikalangan penghuni syurgaMu.. Ameen ya Rabbal 'alamin..

Tuesday, July 5, 2011

Ramadhan akan tiba....

Semalam kuterdengar lagu ini setelah habis rancangan Tanyalah Ustaz...

Harapan Ramadhan
(Raihan Feat Man Bai)



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Ramadhan akan datang lagi...maknanya rahmat ILLAHI akan menebar ke seluruh alam.
Ganjaran dan keberkatanNYa tak tertanding oleh kemewahan duniawi.. MasyaAllah
"Ya Allah sampaikan hambaMU ini ke bulan Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun berikutnya"...
agar berpeluang lagi meraih dan mengaut segala rahmat dan berkat yang akan Kaulimpahkan...
"Ya Allah jadikan Ramadhan ini bermakna" buatku...buat suaminku, ibubapaku, anak-anakku, saudara-saudaraku serta muslimin dan muslimat di atas bumiMu ini.


Aku berazam untuk melakukan dengan sepenuh hati dalam menjadikan Ramadhan (dan setiap Ramadhan akan datang, InsyaAllah) ini lebih bermakna, InsyaAllah.
Hanya Allah yang mengetahui adakah kita akan berpeluang bertemu Ramadhan....lagi...

Friday, May 20, 2011

Kad Ucapan hari Ibu










Tiga malam yang lalu, Haziq membisikkan kepadaku bahawa dia ada "something" untuk ditunjukkan....rupanya Kad Ucapan Selamat Hari Ibu untuk ku.....dibuatnya di sekolah....terharu...suka, seronok dan teruja melihatnya....ada jugak anak yang ingatkan diri ini....

Kad yang terlalu simple namun....penuh bermakna buat diriku...

ada instruction...tu!

Right on the bottom, haziq menceritakan bahawa dia berfikir nak bagi apa pada ibunya ini.....

ucapan.....

kreatiflah anakku....

ini Haziq dari kacamata animasinya....apa yang "hitam-hitam" tu......hehehehe kami gelak tapi kata haziq,... zip seluar baju melayu....Oooooo......kataku

so cute.....ada perkataan "surprise"......

paling kusuka....gambar "ibu" bertudung biru, gambar mama ke tu Haziq?........




Walau apa pun, "Terima Kasih, Haziq........" sungguh bermakna sekali hadiah Haziq tu....

Inilah Haziq, anakku yang dah pandai bergaya.....

Thursday, May 19, 2011

Haziq dah Sembilan Tahun!

Entri sepatutnya dikeluarkan pada 13 Mac 2010


Pada tanggal 13 bulan Mac tahun 2001 yang lalu (Tahun Jepun Heisei 13) kira-kira jam 5:25 pagi, Haziq Fiztri Bin Jafri telah dilahirkan di Koritsu Showa Byoin (Showa Public Hospital), Kodaira-Shi di bandar Tokyo dalam negara .  Comel dan montel sekali.  Berat Haziq sewaktu dilahirkan 3.75kg....mana tak montel?

HAPPY  BIRHDAY, HAZIQ
Moga berjaya dunia wal akhirat......menjadi insan yang disayangi Allah!

Wednesday, May 18, 2011

Anakku ... Emakku

banner ucapan Selamat hari Ibu yang digantung dihadapan Tadika Maryam...cantik dan menarik

"tanda tangan" Maryam, terharu bila melihatnya

Kata Maryam padaku, Mama...nak peluk Mama....

Di dalam kereta pulang dari tadika, Maryam menyuruhku pusing semula untuk melihat gambar "tangannya".  Aku kehairanan...tanpa bertanya.  Maryam meminta lagi supaya pusing semula ke tadikanya untuk melihat gambar "tanggannya"....aku terus tukar cerita supaya Maryam akan lupa dengan cerita "tangannya"....

Keesokkan petang apabila melihat banner ucapan Selamat hari Ibu dan melihat tapak-tapak tangan anak-anak di tadika Dzuliman...baru kufahami, Maryam meminta aku melihat "tangannya".....Aku terharu....benar-benar terharu.....kenapa ye....

Bagi ibuku...FARIDAH BINTI ABU BAKAR...




Mak, "Selamat Hari Ibu", "Selamat Hari Jadi" dan "Selamat Hari Guru" ...pengorbanan mak begitu berharga dan bernilai tiada tandingannya dan begitu berharga....

Mak bersama dengan orang paling disayangi, Abah....

Inilah mak saya....posing sakan semasa musim bunga di Jepun.....

Wednesday, May 4, 2011

Maryam's Ist Day of School at Dzuliman

Maryam was in a very cheerful mood, my daughter is going to school...


Maryam was very excited....my daughter is going to school at 3!!!

Maryam a real pro....she can easily adapt with her whole new world .....My daughter is in school already!!

Maryam and friends reciting the dua' makan......my daughter is in school already!!
Entri sepatutnya dikeluarkan Januari lagi tapi masa itu belum timbul keinginan atau minat untuk menceritakan tentang Maryam's first day of school at Dzuliman...

Setelah lima bulan Maryam bersekolah di Tadikan Dzuliman, impian melihat anak perempuan tunggal membaca pada usia seawal 4 tahun nampaknya akan menjadi kenyataan....Maryam dah boleh baca 2 suku kata a - g.....Bukan itu saja, kami teruja melihat kemampuannya untuk mendendangkan apa saja lagu in Malay or Arabic...English nampaknya kurang tapi adalah kedengarannya like London Bridge.... paling seronok mendengar Maryam recite the Al-Fatihah...excellent....surah An-nas jugak!  Wow .....my daughter going to be 4 dah pandai solat lengkap dengan bacaan-bacaannya sekali, Thanks to Dzuliman, Bukit Rimau....

Wednesday, March 16, 2011

Gempa Bumi Melanda Negara Matahari Terbit

11 Mac merupakan tarikh ulang tahun kelahiran adik ku, Bebu yang sedang belajar di negara matahari terbit, Jepun.....  Seawal 1:00 pagi aku telah mengucapkan Happy Birthday kepada Bebu di facebook.  Selalunya dia akan menalifon mak dan abah serta kakak-kakaknya setiap kali tiba 11 Mac.  Kalau tak pagi, petanglah... kalau tidak pun pada waktu malam selain bertanya khabar, menceritakan bagaimana dia meraikan hari yang bahagia itu.  Tapi hari itu tiada panggilan untuk mak dan abah....atau untuk kami.

Jam 3:11 petang kakak di KK menalifonku dan memaklumkan padaku tentang gempa bumi telah berlaku di Tokyo....kakak memang panik...talifon pula Mak, dah agak dah....terisak-isak menangis mengenangkan nasib Bebu.....aku masih boleh bertahan "maintain cool"...sebab aku pernah bermaustatin di bumi Jepun beberapa tahun dan "dah biasa" dengan gegaran-gegaran ni...aku cuma kata, rilex kak...if its Japan, its save... 8.9 mag I think they are still OK....I think he's fine...I'm convinced he's safe and sound...trust me"  itulah kata-kataku menyakinkan kakak dan Mak supaya jangan terlalu risau.

I started browsing the internet to get details of the disaster that hit Japan....hm...tsunami? 20 metres emm... aku browse lagi dan lagi.....untuk mendapatkan cerita lanjut kalau tengok gambar-gambar mengerikan patutlah mak dan kakak panik...mereka dah tengok dari Al-Jazeerah, CNN video tsunami .  Aaah, ini dah lain macam... risau dah mula menghantui fikiran, aku terus telefon wisma putra meminta sedikit maklumat tetapi tiada apa-apa maklunat yang boleh diberikan cuma mereka bertanyakan nama dan universiti adik.....

Tangisan Mak berpanjangan begitu juga kakak masih panik...ini gara-gara live telecast Al-Jazeerah dan CNN.... aku masih di ofis....sekejap buat kerja sekejap melayang-layang ke alam siber....

......" 8.9-magnitude earthquake with an epicentre about 400km northeast of Tokyo hit Japan at 1:46pm Malaysian time (2:46pm Japan time) on 11 March 2011. A series of tsunami had also hit the north eastern coast of Japan."
 
Ikut kata Mak, Bebu sedang berjalan-jalan di Tokyo...itulah yang aku risau kalau dia ada di Niigata mungkin tak datang risau aku tu...

Jam 8 malam mak talifon katanya Bebu dah call...aaah legaa.....





 Tapi paling aku tertarik dengan orang-orang Jepun ni...displin masih beratur nak dapatkan bekalan air, gas dan makan .....

 kasut pun masih boleh bersusun.....kalau orang Malaysia? Anda boleh?
Sekarang apa yang merisaukan adalah masalah radiasi dari loji tenaga nuklear di Fukushima-Daichi...even if its under control tapi until when?  Dan Bebu masih tidak dapat pulang ke Malaysia......

Thursday, February 3, 2011

Cuti panjang.....2011

Tau...tau dah 2011...umur makin meningkat...anak-anak dah lebih ragam dan kerenah.  Izzat tetap macam tu...manja anak pertama.....Haziq dah pandai merajuk panjang....Luqman pula asyek merenggek kalau tak dapat  apa yang dia mahu. Maryam pulak dah pandai ambil hati Mamanya....anak perempuan......!

Hari ini hari Raya Cina...Kong Xi Faa Chai.....Tahun arnab tahunmurah rezeki...hehehe.....pada orang Cina lah....tapi b agi kami hari-hari pun hari  murah rezeki......

Ok..my son's favourite  song....

Wednesday, February 2, 2011

MAHER ZAIN - Konsert 2011

Add caption
Maher Zain akan mengadakan konsert keduanya di Malaysia 2011 pada 25 dan 26 Februari 2011 di Shah Alam.   Haziq "peminat terlampau" Maher Zain dok usha-usha kami untuk membeli tiket konsert, katanya, Jomlah Mama pegi .......nak tengok wajah sebenar Maher Zain!

Kami sedang memproses permohonan anak kami tu.....belum ada keputusan.  Tapi kalau tengok harga tiket WOW.....Harga tiket dijual RM297, RM253 , RM203 , RM103  dan  RM53..... yang paling murah tu dah tentu di ceruk-ceruk.....


Idola Haziq...minat sangat pada Maher Zain....
Tapi apa pun ini lirik INSYAALLAH versi Melayu:


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]



HARGA MINYAK NAIK LAGI.....

azlan 



Harga Minyak RON97 naikkkkkk.......begitulah naiknya darah aku pabila mengetahui berita itu......!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...